banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday, 17 August 2009

SUDAH SAMPAI MASANYA UMNO DI "PERSARAKAN"..

Umun tahu bahawa negara kita kini berada dalam kegawatan ekonomi yang menekan rakyat,yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan perlaksanaan pembangunan ekonomi negara.

Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan barisan nasyional(BN) yang diterajui Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormati.


Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu diawal penubuhannya,kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat islam dan orang melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah percubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku dikalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu,Parti Islam Semalaysia(PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit,tetapi dibina diatas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih Universal sifatnya,maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus,memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sudah sampai masanya umat Islam di Negara ini memberi kepercayaan penuh kepada PAS untuk memimpin perubahan dan mahu orang-orang Umno bersama-sama dengan perubahan ini.

Kalau inginkan perubahan,mari bersama-sama dengan PAS kerana sudah tiba masanya UMNO di PERSARAKAN.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template