banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Sunday 16 August 2009

UMNO DULU ..SUMPAH MELAYU...SEKARANG SESUMPAH MELAYU??




BETUL KE MELAYU UMNO,TIDAK AKAN BERHASAD DENGKI,KHIANAT DAN IRIHATI,BERTELAGAH DAN BERBALAH SESAMA SEDIRI..?

4) SETAHU AKU Pemimpin UMNO masih berlegar dengan isu dalaman. Berbalah sesama sendiri. Azmi dengan Shahidan,Rafidah dengan Azalina. Annuar Musa dengan Tengku Razaleigh. Di orang ni macam mana nak memerintah. Dengan kawan sendiri pun tak sepakat. Itu sebab, bila dapat kuasa, dia balun sorang sorang harta rakyat. Bila suruh bergambar bersama sama kepimpinan, mulut senyum sampai telinga. Bila di belakang …… Celaka kau, celaka aku. Cucuk belakang. Politik ala sodomi.


BETUL KE UMNO AKAN BERSATUPADU DAN PATUH MENEGAKKAN ISLAM..?

SETAHU AKU UMNO telah gagal memperjuangkan ISLAM (hingga lahirlah PAS, AKIM, Arqam etc... hingga terpaksa lahirkan Islam Hadari). Ulamak kita bercanggah serba serbi segala bidang. Rasuah dan bom bunuh orang makin menjadi-jadi. Tuduh menuduh dan sumpah menyumpah dah mula merebak.DAH 50 TAHUN MEMERINTAH HUKUM ISLAM YANG WAJIB BELUM DILAKSANAKAN LAGI...BILA TUU TUNGGU 100 TAHUN LAGI?


UMNO MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN HAK MELAYU?

SETAHU AKU 20 tahun selepas DEB dilancarkan, ternyata sasaran untuk membentuk 30 peratus ekuiti Melayu tidak dapat dicapai, bahkan sebahagian besar daripada ekuiti yang dikatakan �milik� orang Melayu itu adalah dipunyai oleh agensi kerajaan seperti Mara, Uda dan lain-lain.

Bahkan, orang Melayu yang telah kehilangan sebahagian besar hak-hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan kerana pengkhianatan pemimpin Umno/BN. Lihat sahaja nasib tanah rezab Melayu, biasiswa, kuota universiti, bahasa Melayu dan juga kedudukan agama Islam yang semakin terancam yang boleh dianggap counter productive kepada DEB yang ingin mengimbangi pembangunan kaum di negara ini.


UMNO MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA..?

MACAMNI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA KE?
INI NATANG APA NATANG?

kain rentang yang menghina sultan dan istana terengganu yang direntang penyokong pro Idris di hadapan kediaman bekas menteri besar itu. Gambar foto menunjukkan sepanduk yang tertulis "Kami Nak Idris, Natang." Antara lain kain rentang itu tertulis maki hamun kepada pihak istana dalam logahat nada marah terengganu "kami mahu deris, natang!" yang membawa maksud "kami mahukan Idris, binatang!" ini menggambarkan sikap kurang ajar Umno dan penyokong yang cuba menafikan sistem beraja sedia ada. "Dalam satu masa kita (Umno) kata kitalah pejuang melayu, memperjuangkan raja-raja melayu, kitalah tonggak kepada kekuatan raja-raja melayu tapi dalam masa yang lain kita menentang raja." Sultan katanya tentu ingin melihat rakyat negerinya diperintah Menteri Besar yang berkualiti sekaligus menjaga nama baik negeri.

UMNO MEMPERJUANGKA IKHTISAD PELAJARAN BANGSA MELAYU?

SETAHU AKU UMNO mengajak dengan slogan ‘bahasa jiwa bangsa’ namun dalam masa yang sama menafikan hak pembelajaran matemetik dan sains dalam bahasa Malaysia. Pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2003 sehingga kehari ini menunjukkan pelajar-pelajar semakin menurun pencapaiannya.

Untuk apa ditunggu sehingga tahun 2012 baru hendak memansuhkanya atau sememangnya UMNO mahu anak bangsa Melayu terus terbelakang dalam mencari jawapan pada soalan yang mereka tak fahami.


UMNO MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA SUPAYA AMAN SEJAHTERA?

Apa yang ada pada maruah negara kalau hak BATU PUTIH kita bagi kat singapura ?

Hentikan projek JAMBATAN BENGKOK kerana ikut cakap SINGAPURA ada maruah ke?

Aman sejantera ke Malaysia sekarang ini..?

Siapa yang jual maruah orang Melayu?

Siapa?

Umno telah pun menjual bangsa Melayu. Yang menjual pasir ke Singapura adalah orang melayu Umno.

Umno telah menjual bukit kepada Tauke Cina yang jahat Vincent Tan. Kawasan itu namanya Janda Baik.

Umno juga yang menjual bukit kepada Tauke Cina di kawasan yang dinamakan Genting Highland.

Umno juga yang derhaka kepada Sultan.

Umno juga yang telah memecat Allahyarham Ustaz Ishak Baharom atas isu pertandingan ratu cantik.

Umno juga yang telah merobohkan banyak kampung - kampung Melayu di seluruh Malaysia. Kampung Berembang,Plentong Baru, kampung itu kampung ini.

Siapa pengkhianat sebenar? Siapa??

Siapa yang telah menjual kepentingan BERNAS kepada orang asing?

Siapa yang telah membenarkan saham FELDA dibeli oleh orang asing?

Dan siapa pula yang menghapuskan DEB?? SIAPA?? SIAPA????????

Jangan jadi bodoh wahai orang - orang Melayu yang masih totok kepada Umno...mereka inilah yang menjual maruah orang Melayu...merekalah pengkhianat sebenar orang Melayu...UMNO!!

UMNO pengkhianat maruah orang Melayu untuk merompak terus kekayaan orang Melayu..

UMNO pengkhianat maruah orang Melayu untuk memastikan mereka terus memerintah..

BERUBAHLAH...sudahlah....cukuplah..

3 comments:

BUJANG SUSAH said...

Alaa.. UMNO kan bodoh.. apa nak heran...

anakbukitgantang said...

sedarlah orang Islam ,masa dah sengkat.

MANA MANA PARTAI ISLAM YG TAK LULUS KPI JANGAN SOKONG. DALAM HAL INI KENA FIKIR DAN PANGKAH SECARA STRATEGIK, PANGKAH PAS MAKNA BENARKAN DAP HINA ISLAM, PANGKAH UMNO MAKNA KITA BERSATU DIBAWAH SATU PAYUNG ISLAM

FIKIR BAIK BAIK

ISU ARAK, BN DAH JUANG DLM ENAKMEN HIBURAN SELANGOR TAHUN 2007-PAS TAK LAKSANAKAN
LAHA PENGUATKUASAAN OLEH MBSA DIHALANG, PAS TIADA KUASA HALANG KUASA EXCO KERAJAAN TEMPATAN YG TERLAMPAU WALAUPUN DAH ADA PERUNTUKAN UNDANG UNDANG!

ISU KG BUAH PALA- LINGKUP, LAIN JANJI SEKARANG LAIN BIKIN

ISU BABI- SEKARANG SWINE FLU ADAKAH PETUNJUK ALLAH UTK PAS KELUAR DR PAKATAN RAKYAT?

IKUTILAH PESAN RASULULLAH, JIKA ADA YG SELEWENG, IANYA MUNAFIK

www.anakbukitgantang.blogspot.com

lintahmalaysia said...

ni anak bukt gantang ni pun bodoh lagi bangang, umno perjuangkan dari 2007? woi kau ni bebal ke? nak ckp pakai kepala lutot ke pakai kepala butoh. kau 2 yg munafik putar belit fakta. mmg dasar umngok, diperbodoh2kan.

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template