Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday, 28 September 2009

KENAPA HUDUD TIDAK DAPAT DI LAKSANAKAN OLEH PAS KELANTAN DAN ISLAM DIMALAYSIA DITADBIR BUKAN MENTADBIR

Islam di Malaysia adalah Islam'yang ditadbir dan bukan Islam yang
mentadbir sebab anak-anak sekolah juga diajar perkara ini.
Misalnya dalam subjek kenegaraan Malaysia dalam pengajian Am 1
Peringkat STPM,antara lain pelajar di ajar bagaimanakah agama Islam
ditadbirkan dimalaysia.

1. mengikut Perlembagaan Persekutuan,agama Islam terletak di bawah kuasa negeri.
2. setiap negeri menggubal Enakmen Pentadbiran agama Islam masing-masing
3. setiap Negeri juga membentuk Majlis agama Islam yang mengandungi
tokoh-tokoh Islam dan bertindak sebagai Badan Perundangan Islam yang
sebenar di Negeri itu.

4. tugas utama Majlis agama Islam termasuk

a) membuat peraturan-peraturan mengenai agama Islam
b)Mengeluarkan Fatwa
c) Mentadbir masjid dan sekolah-sekolah agama.
D) Mengutip zakat,fitrah dan bayaran yang lain yang diwajibkan oleh orang Islam
e) mengurus wakaf
5)Disamping itu sebuah Jabatan Agama Islam yang mengandungi
Pegawai-Pegawai Kerajaan juga dibentuk untuk membantu Majlis Agama
Islam menjalankan tugasnya.

Perlembagaan Persekutuan juga menghadkan pemakaian undang-undang Islam.
1) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri
untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran agama Islam termasuk
Mahkamah Syariah bagi Negeri yang berkenaan.
2) Bagaimanapun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa atas umat Islam dan
mengenai pengamalan ajaran Islam setakat ditetapkan oleh undang-undang
Persekutuan.
3) Dengan itu Akta Mahkamah Syariah 1965(pindaan 1984) telah
menghadkan kuasa Mahkamah Syariah pada paras menjatuhi penjara
sehingga tiga tahun,hukuman denda sehingga RM5,000 dan hukum sebat
sehingga enam rotan.
4) Mengikut suatu pindaan Perlembagaan Persekutuan 1988,Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah Bawahan tidak mempunyai kuasa Kehakiman keatas
perkara-perkara yang telah menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Dinyatakan juga bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad
1) Bidang kuasa sivil meliputi:
a) Perkahwinan
b) Penceraian
c) Nafkah anak dan Isteri
d) Pewarisan harta
2) Bidang kuasa jenayah meliputi:
a) Kesalahan Matrimoni seperti tidak taat pada Suami
b) Kesallahan hubungan seks seperti persetubuhan haram,berkhalwat dan pelacuran.
C) Kesalahan minuman keras seperti menjual dan meminum arak.
D) Kesalahan keimanan seperti tidak Solat Jumaat,tidak berpuasa atau
tidak membayar zakat.
E) Kesalahan pertukaran agama seperti tidak mendaftar masuk dan keluar Islam.
F) Kesalahan berhubung dengan perjudian.

WALAU APAPUN PINDAAN UNDANG-UNDANG NEGERI YANG DIBUAT DAN DILULUSKAN
OLEH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI,KERAJAAN NEGERI HANYA DIBERI
PERUNTUKAN :

TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000. 6 ROTAN
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN

nak aku ulang sampai 100x ke ?

UNTUK MANGKUK-MANGKUK UMNO YANG TAK SEKOLAH DAN TAK TAU PERLEMBAGAAN
PEGI BALIK SEKOLAH SEPERTI YANG DI SYORKAN OLEH MOHIDEEN YASSIN


KENAPA KORANG BODOH SANGAT?

--
Sent from my mobile device

20 comments:

Anonymous said...

KENAPA HUDUD TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN OLEH PAS KELANTAN KERANA ISLAM DIMALAYSIA DITAKEBIERKAN OLEH PAS DAN PAKATAN RAKYAT.

Anonymous said...

no...no..i am not joking... i am serius... because i am PM in waiting..

petikan anu arbrahhimm.. iman besar PKR.

YB Jambu said...

huahuahuahuaaa...aku rasa yang bodoh pengikut hamPAS macam tuan punya blog ni...bodoh pasal diPERBODOHKAN oleh DAPigs dan pkr..huahuahuahuaaa...beer tak haram,pening pening aje..huahuahuahuaaaa...bodoh sungguh orang2hamPAS ni..

hadie said...

Rileks la bro.. wa tawu la sume ni.. Tapi sape yang cakap dulu nak buat hudud kat KELANTAN? HUDUD KAT KEDAH? Cakap tak serupa bikin.. ape janji masa pilihanraya yang PAS da buat? ade ditunaikan?

Berapa ramai anak kelantan lari ke KUALA LUMPUR cari kerja kat sini? Berapa ramai anak kelantan yang duduk kerja kat sana? Berapa ramai anak kelantan yang boleh bergaul dengan orang lain negeri?

Gunakanlah TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN ni untuk jalankan undang2 syariah kat sana.. Sebat je orang islam yang minum arak.. yang kena tangkap berzina.. ada buat hukuman sebat? tak adakan.. Kalau ada.. bagi aku contoh..

batara said...

Sebelum ini saya pernah mengupas didalam blog ini bahawa kerajaan pusat tidak menghalang perlaksanaan HUDUD tetapi apa yang ditentang hanyalah HUDUD ciptaan PAS. Hakikatnya Kerajaan tidak pernah menghalang perlaksanaan HUDUD mengikut syariah ALLAH.

Malah saya juga pernah menyatakan bahawa tidak ada satu pun undang2 dari Pelembagaan Malaysia yang menghalang Kelantan untuk mengubal sebarang undang2 negeri supaya HUDUD ciptaan mereka dilaksanakan.

Maka pagi ini saya tersenyum sendiri, apabila CUPING secara tidak sengaja membuktikan kebenaran kata2 saya
Suka saya ulangi penulisan beliau

"1. mengikut Perlembagaan Persekutuan,agama Islam terletak di bawah kuasa negeri.
2. setiap negeri menggubal Enakmen Pentadbiran agama Islam masing-masing
3. setiap Negeri juga membentuk Majlis agama Islam yang mengandungi
tokoh-tokoh Islam dan bertindak sebagai Badan Perundangan Islam yang
sebenar di Negeri itu."

Jelas CUPING sendiri memperakui perlaksanaan Agama Islam terletak dibawah kuasa negeri (dlm kes ini, KELANTAN)
Jelas CUPING sendiri memperakui Setiap negeri (dlm kes ini, KELANTAN) mempunyai hak tersendiri untuk mengubal Enakmen Pentadbiran (termasuk perundangan)
Jelas CUPING sendiri memperakui Setiap negeri boleh melantik wakil2 agama mereka bagi merombak perundangan Negeri (dalm kes ini, Kelantan)

JADI APA LAGI WAHAI KELANTAN... JELAS PERLEMBAGAAN NEGARA TIDAK PERNAH MENGHALANG PERLAKSANAAN HUDUD DI JALANKAN.

batara said...

Saya juga tertarik dengan penulisan CUPING seperti yang dibawah:

"Dengan itu Akta Mahkamah Syariah 1965(pindaan 1984) telah
menghadkan kuasa Mahkamah Syariah pada paras menjatuhi penjara
sehingga tiga tahun,hukuman denda sehingga RM5,000 dan hukum sebat
sehingga enam rotan."

Kebenarannya: kenyataan seperti yang diungkapkan oleh CUPING adalah salah dan memungkinkan pembaca yang kurang arif akan membuat kekilaffan dlm taksiran perundangna. Yang sepatutnya dibawa adalah seperti berikut (mungkin ini adalah cara cuping membuatkan pencacai PR lebih keliru seperti mana yang dilakukan pemimpin mereka):

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
3. 3 tahun penjara atau
4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)


Jelas disini cuping mencuba memutar belitkan fakta dan kebenaran. Dan tidak menjadi kehairanan bahawa cuping adalah hasil tipu muslithat dan kaki putar belit pemimpin mereka.

batara said...

Hakikatnya apa yang disembunyikan oleh CUPING dan pemimpin PR adalah seperti berikut:

Bukti 1....

Mengikut apa yang telah dinyatakan secara hitam putih dialam Perundangan Pelembagaan Malaysia
BAHAGIAN VI ( PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI )
Bab 1 - Pembahagian kuasa perundangan

Artikel 73:
Takat undang-undang persekutuan dan Negeri.
Pada menjalankan kuasa perundangan yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini--
subjek: (a) Parlimen boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Persekutuan.
subjek: (b) Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Negeri itu.

Jelas disini bahawa setiap negeri berhak membuat atau menggubal undang2 negeri dan menjadikan bahagian2 perlembagaan persekutuan sebagai asas.

Maka disini juga telah membuktikan secara terang2an bahawa Perlembagaan Malaysia TIDAK MENGHADKAN KUASA MAHKAMAH SYARIAH NEGERI. Kerana contoh yang diberikan oleh cuping adalah asas Pelembagaan Malaysia untuk semua negeri namun setiap negeri mempunyai hak dan telah diberi hak secara perundangan untuk menggubal mana-mana bahagian perundangan negeri. Benar sehingga kehari ini tiada satupun negeri2 yang menggubal jumlah hukuman atau cara hukuman dijalankan temasuklah KELANTAN; walau hakikatnya setiap negeri telah diberi kebenaran untuk membuat sedemikian.

MAKA TUDUHAN CUPING KONON PELEMBAGAAN MALAYSIA MENGHADKAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI KELANTAN MENJATUHKAN HUKUMAN ADALAH SALAH DAN MENYESATKAN.

batara said...

Bukti 2...

Mengikut apa yang telah dinyatakan secara hitam putih dialam Perundangan Pelembagaan Malaysia
BAHAGIAN VI ( PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI )
Bab 1 - Pembahagian kuasa perundangan

Artikel 74.
Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri.
Subjek (2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.

Jelas disini juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri (dalam kes ini KELANTAN) berhak menggubal perundangan negeri dan hak mereka mengguna pakai HUDUD BI'AH mereka di negeri jajahan mereka sendiri

batara said...

Bukti 3...

Mengikut apa yang telah dinyatakan secara hitam putih dialam Perundangan Pelembagaan Malaysia
BAHAGIAN VI ( PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI )
Bab 1 - Pembahagian kuasa perundangan

Artikel 76.
Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.

(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:

(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau
(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua Negeri atau lebih; atau
(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri


Jelas sekali lagi bahawa tuduhan CUPING adalah jauh meleset dan mencuba memutar belitkan fakta. Faktanya disini juga membuktikan HAK KERAJAAN NEGERI menggubal hukuman mengikut tafsiran HUDUD BID'AH PAS ciptaan mereka sendiri, ini terbukti secara jelas pada artikel 76, seksyen 1 klausa (c)

CUPING MERAH said...

yang lari kat kolompo tu anak kelantan umno ...dah tak tahan panassss beb...nak buat maksiat kat kelantan dah tak berani.. pegi la kat kolompo..

belom ada yang kena tangkap macamana nak sebat...

bertambah bodoh laa mangkuk ni..

bila tak de hukuman xder le yang kena tangkap..bila xde yang kena tangkap maka bagusla tu xder maksiat...yang buat maksiat pun orang umno kat kelantan...tu dah tak boleh elak la..sebabnya umno islam plastik..kah..kah..kah

batara said...

JELAS DISINI CUPING dengan sedaya upaya beliu memutar belitkan fakta dan kebenaran. Cuma hati ini tertanya-tanya adakah CUPING benar-benar memahami perlembagaan

CUPING MERAH said...

batara
kau ni makin lama makin ngok..

kan aku tulis kat bawah tu tak baca ke?

WALAU APAPUN PINDAAN UNDANG-UNDANG NEGERI YANG DIBUAT DAN DILULUSKAN
OLEH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI,KERAJAAN NEGERI HANYA DIBERI
PERUNTUKAN :
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN

tak paham lagi..ko orang ni kena bagi contoh lebih sikit pasal bengap nak mampus..

contoh (1)

semasa memohon perlaksanaan hudud..

Bapak:batara!!"kau dah lebihh ni..kau mintak duit dengan bapak sampai rm 5,000 nak beli motosikal"
nah!! peruntukkan kau hanya rm 5.00 je jangan belanja lebih2.. bapak pukul nanti"

nak buat apa rm 5.00..aku nak beli motor mana cukup..rungut batara


CONTOH (2)

bila kelantan tak bleh laksana hudud:

bapa "Batara kau kata nak beli motosikal ..kenapa tak beli?"

batara yang bodoh ni pun terpinga2,duit rm 5.00 tapi nak suruh beli macam2 ...bodoh jugak bapak aku ni..

kalau tak paham lagi..memang kat dahi ko ada chop BODOH SDN BHD

PR BERSATU said...

aPASAL hayun-hayun mangkuk umno ni susah nak faham...

ini laa kalau terlalu banyak makan duit haram..

Anonymous said...

Setakat tangkap pastu denda buat apa.. ke Jabatan Agama Islam Kelantan tak buat kerja ni? Ada kes tapi da kena sogok.. senyap terus..

Anonymous said...

Warghhhhhhhhkahkahkah

Ha tu dia batara aku caya ko lah. Tak pe takpe, jawapan jawapan ko memang penuh dengan bukti dan fakta. Cuping dgn pencacai PR ni dah buta dah.

Tu lah, batara dah tunjuk UNDANG2 boleh digubal

Sekali lagi UNDANg2 boleh digubal

NI dok nak kata x boleh.

APA PUNYA BANGANG CUPING NIH

WAGHHHHHHHHKAHKAHKAH

Yg x nak gubal tu wakil2 rakyat PAS kat kelantan ler bangang wahai cuping oiii

WARGHHHHKAHAKAHKAH

aku nak kata ko banggang pun aku malu, tp nampak sgt BANGGANG KO BERLAPI LAPIS

KO MMG TAKUT DENGAN BATARA YE CUPING

TERBUKTI DENGAN FAKTA SETIAP UNDANG2 BOLEH DIPINDA.

WARHHHHHHHHHKAHKAHKAH

Anonymous said...

woi cuping oiii, aku nak gelak tul lah dgn reply ko pd jawapan batara.

Ada ka ko leh kata pindaan tak boleh dibuat? warghhhhhkahkahkah.

ko baca ni sekali lagi:

subjek: (b) Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Negeri itu.

apa maksud tu wahai cuping yg blur?


Ha cuping baca sekali lagi nie:

Subjek (2) ..........Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri

Apa maksud tu cuping? ko mmg blur ler cuping



Ha sekali lagi, baca nie lak:

Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu............................(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri

Apa maksud nie cuping?

Atau ko mmg bengap? eh silap banggang berlapis lapis


WARGHHHHHHHHKAHKAHKAH (nak terburai usus perut aku woiii baca reply ko cuping. macam bebudak)

CUPING MERAH said...

sampai mati la korang hidup dengan kebodohan dan ke ngokkakan umngok betul...

batara said...

Kita lihat pendapat Cuping

WALAU APAPUN PINDAAN UNDANG-UNDANG NEGERI YANG DIBUAT DAN DILULUSKAN
OLEH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI,KERAJAAN NEGERI HANYA DIBERI
PERUNTUKAN :
TIGA TAHUN PENJARA DAN DENDA RM 5,000, 6 ROTAN

tetapi yang sepatutnya dibaca adalah:

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
3. 3 tahun penjara atau
4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Jelas perkataan yang digunakan oleh cuping " KERAJAAN NEGERI HANYA DIBERI
PERUNTUKAN " adalah salah dan membawa maksud yang kilaf dari kenyataan sebenar.

Yang sepatutnya dibaca " ..........diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan ...... "

Kenyataan disini jelas menunjukan bahawa peruntukkan yang diserahkan kepada kuasa Mahkamah Syariah Negeri boleh dipinda (jika ada tuntutan mengkehendaki)

batara said...

Cuping nampaknya masih lagi kurang memahami Undang2 dan Perlembagaan dan beliau sering kali dilihat mencuba menutup kelemahan dengan pendapat yang jumut dan berbelit.

Malah jika dilihat kepada Artikel 73 Perlembagaan Malaysia subjek (b) Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Negeri itu.
Yang membawa maksud bahawa KERAJAAN PAS MEMPUNYAI HAK DAN KUASA MEMBUAT ATAU MENGGUBAL PERUNDANGAN NEGERI KELANTAN BERDASARKAN HUKUM HUDUD BID'AH PAS CIPTAAN PAS ITU SENDIRI.


Cuping juga gagal menterjemahkan Artikel 74 Pelembagaan Malaysia, malah beliau gagal menyangkal bahawa Artikel 74 subjek(2) ini telah membawa maksud KERAJAAN KELANTAN BERHAK MENGGUBAL PERUNDANGAN NEGERO KELANTAN DENGAN MENGGUNA PAKAI HUDUD BID'AH PAS.
"Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri"



Sekali lagi dalam Artikel 74 subjek (1) sub-subjek (c) memperuntukkan ...."jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri"
Yang juga membawa maksud bahawa kerajaan persekutuan MEMBERI HAK KEPADA KERAJAAN KELANTAN MELAKSANAKAN SISTEM PERUNDANGAN YG DIHAJAD MEREKA.


Maka jelas disini, kerajaan persekutuan tidak pernah menghalang HUDUD dilaksanakan di KELANTAN. Yang menghalang adalah kepura-puraan pihak pentadbiran PAS itu sendiri.

batara said...

Mungkin cuping lebih rela mati dengan kemunafikkan dalam agama islam dan rela disesatkan oleh pemimpin mereka yang kelihatan berpegang kepada ajaran BID'AH yang mana telah dijanjikan oleh ALLAH sebagai AHLI NERAKA

Wallahhualam

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template