Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday, 12 November 2012

Syaikh Muaz al-Khatib dilantik sebagai Presiden "Gabungan Kuasa-Kuasa Revolusi dan Pakatan Pembangkang Syria".

Mesyuarat pemimpin pembangkang Syria semalam telah sepakat melantik Syaikh Muaz al-Khatib sebagai Presiden "Gabungan Kuasa-Kuasa Revolusi dan Pakatan Pembangkang Syria".

Mesyuarat tersebut yang diadakan di Doha semalam adalah un


tuk menyatukan semua pembangkang-pembangkang Syria dan sebagai persediaan untuk membentuk kerajaan Syria selepas kejatuhan rejim Basyar. Ia juga bertujuan mendesak kuasa-kuasa luar agar memberi sokongan kepada kebangkitan rakyat Syria.

Gabungan tersebut banyak melakukan usaha-usaha ke arah menggulingkan rejim Basyar melalui gerak kerja yang dilakukan hasil pakatan pembangkang negara Syria.

Syaikh Ahmed Muaz Khatib Al-Hasani dilahirkan di Dimasyq pada 1960 dan merupakan anak kepada seorang ulama' Syria, Syaikh Muhammad Abu Al-Farj Al-Khatib. Beliau merupakan ulama' dan bekas imam Masjid Umawi yang begitu ditakuti oleh rejim Basyar. Merupakan seorang pakar Geofizik dan undang-undang Instisusi Syaikh Badr Al-Din Al-Hasani. 

Pernah memimpin persatuan Geologi Syria dan Persatuan Sains Psikologi Syria. Beliau pernah ditangkap beberapa kali sekitar tahun 2011 dan 2012 dalam usaha beliau untuk menggulingkan rejim Basyar.

Perkembangan ini pasti akan merungsingkan rejim Basyar.


 


 

Sunday, 11 November 2012

Rejim Basyar sudah hampir terkubur..Amaran terbaru dari Mujahiddin syria kepada negara Arab

TERKINI :

Pimpinan Mujahidin Syria di Dimasyq telah mengeluarkan arahan kepada seluruh duta-duta asing, Arab, duta-duta diplomatik, badan-badan organisasi Antarabangsa termasuk mana-mana organisasi yang menjalinkan hubungan dengan rejim Ba


syar agar meninggalkan Dimasyq dalam tempoh 72 jam bermula sekarang.

Mujahidin akan menggempur habis-habisan wilayah Dimasyq dan membebaskan wilayah ini daripada cengkaman kezaliman rejim Basyar. 

Cuaca sejuk yang menandakan masuknya musim sejuk tidak menghalang mujahidin untuk terus beraksi di medan jihad menentang keangkuhan rejim Basyar dan pakatannya. Doakan mereka


 


 

Sunday, 28 October 2012

Selepas PKR kini giliran DAP pula mengadakan pentas bergerak..



Read more.....

Saturday, 20 October 2012

Hellycopter rejim Basyaar diletupkan diudara oleh pejuang Mujahiddin (video)

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template