banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday 10 January 2012

coretan wan azizah-- boleh menitiskan air mata sesiapa yg membaca


SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."

Sinar Harian 







23 comments:

Amir Hamzah said...

Alhamdulillah Kak Wan. Kami senantiasa bersamamu dan DSAI. Allah berkati dan peliharakan keluarga Kak Wan daripada mudarat dan mereka yang berniat jahat.

Anonymous said...

Alhamdulilah DSAI telah bebas.Saya sendiri merasai pderitaan keluarga DSAI detik DSAI kena tangkap semasa YB NURUL kawin.hati sy betui2 sayu.Semoga Allah stiasa memelihara keluarga DSAI dr org2 yg jahat..

Anonymous said...

eleh ni semua pura2 ja.. tunggu la korang nanti bila pakatan rakyat dah menang, habis porak peranda malaysia.. cina nak amek alih kuasa, hapuskan hak orang melayu.. dah la diorang yang control ekonomi kita.. yang melayu pegi mana? merempit.. yang pandai masuk ipta pun bodoh pegi buat demo bagai, lepas tu fail study,, kenape la korang ni tak boleh bukak otak sikit?? please lah
p/s; aku bukan orang BN, tp atleast diorg x lingkupkan negara kita... when we have 2 bad choices, choose the one less harmful..

Anonymous said...

sedihnyer....

Anonymous said...

"aku bukan orang BN" konon! kau yg bodo x nmpk. blajar stkt SPM tu pn x pas. lain kali nak komen tu wat r'sch dulu jgn main ckp jer.BONGOK!

Anonymous said...

p/s; aku bukan orang BN, tp atleast diorg x lingkupkan negara kita... when we have 2 bad choices, choose the one less harmful.. LoL.. R u sure dorg x lingkupkan m'sia ni? Komen ni menunjukkan anda siapa!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Bersabar lah kak Wan...Kuatkn smngtmu..Sesengguhya Allah itu maha kaya dan adil..Sgl kebenaran akn terbukti..Ameen Ya Rabb..Takbirr!!!!

nory izecson said...

p/s; aku bukan orang BN, tp atleast diorg x lingkupkan negara kita... when we have 2 bad choices, choose the one less harmful.

setuju sgt dgn komen ni..buka la mata n minda..lihatla apa sbrnya yg tersirat..jgn dah terhantuk baru nak terngadah..msa tu dh terlambat nak menyesal...

nory izecson said...

"R u sure dorg x lingkupkan m'sia ni? Komen ni menunjukkan anda siapa!"

Kesian..anda benar2 tidak tahu apa yg anda lihat dan perkatakan...

Anonymous said...

pat mana yg sebak..ak tak rasa pape pon bace ni. haha

Anonymous said...

kesian kak wan dpt laki bernama ANUwar BERAHIm..tp nak buat camna..terpksa la simpan je rahsia suami..takkan nak dedah aib suami kan..

network 7117 said...

Tiada kata yang dapat dilafazkan. Tak terbayang disaat seorang isteri juga seorang ibu menghadapi titik riwayat hidupnya dihujani fitnah sebigini rupa... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

HambaAllah said...

Alhamdulilah. Allah maha penyayang.. selagi kita bernafas selagi itulah ujian akan datang. Tabah keluarga Anwar Ibrahim.. buat yang lain jngn cuba jadi Tuhan, kerana rezeki Allah ada.. jangan dimomokkan dengan cina kaya, cina rajin.cin contorl.. apa putus asa dengan rahmat Allah.. astaghfirullah.. nk jadi melayu hebat mula lah berjinak2 berniaga kerana punca rezeki bnyk dtng dri perniagaan. ni dok mkn gaji tapi sibuk kate melayu pemalas.. bongok!

Anonymous said...

yang nak bergaduh2 wat per... kalau betul DSAI salah, biar lah antara dia ngn allah.. tapi kalau memang betul2 DSAI tak bersalah n uols duk tuduh2 n fitnah dia... tak pasal2 uols dpt dosa kering memfitnah orang... kita sendiri pn tak tahu hal yang betul2 terjd, hanya DSAI ngn sepul tu jer yang tahu aper yang terjd time tu... wallahualam...

Anonymous said...

Allah S.W.T yg lebih mengetahui apa yg tersurat dn yg tersirat.......

cik ain said...

Kadang2 tak faham dgn penyokong BN ni. Buta kah mereka tntg isu CINCIN Rosmah yg berjuta tuu? Duit siapa kalau bukn duit rkyat yg digunakan.. Buta tuli kah tntg isu LEMBU syarizat yg beratus jutaa duit rakyat dia songlap?? Tak nampak ke duit zakat yg mereka gunakan utk bayr peguam?? Hey, buka lah mata! RASUAH berleluasa, bukan seringgit, bukan dua ringgit, tapi BERJUTA!!

Anonymous said...

woi bodoh2 sekalian alam..
cube bila bercakap jgn masukkan unsur politik! entri ni adalah berkenaan hati seorg wanita, sorg ibu, dan hati anak2..
org yg xde keluarga a.k.a anak haram je kot xde perasaan bla bc entri ni..
come on la, hak ape yg Tuhan bg kt korg utk hukum seseorg tu bersalah ke tidak? Even if he does, Tuhan lg Maha pengampun, yg korang tu ape?
Sengal!

Semua manusia ada melakukan kesilapan dan dosa la. Ko yg bodoh2 ni pon dh tentu ade buat dosa, cuma xde yg peduli pon kt korg..tapi ALLAH still counts on u buddies!! ALLAH knows!!

Anonymous said...

Anwar salah ke betul ke,itu dia dgn Allah, dia dgn keluarga dia. Bukan setakat CINCIN ****** je yg berjuta harganya dia pakai, shopping perabot, brg hiasan rhgumah dia dr luar negara dia pakai MAS kargo freeeeee, x byr tax pun. Ingat org tak tau lah tu. Hah, itu ko nk kata apa? Betul sgt ke si pompuan tu? Hidup menghebat, pakai duit rakyat. Muka mcm cibai.

Anonymous said...

oku sokong umno itu pilihan aku, pilihan anda terletak ditanggan anda

Anonymous said...

Alhamdulillah....DSAI bebas dari fitnah dahsyat...Buat isteri dan anak2 DSAI,anda semua sememangnya kuat dalam menghadapi dugaan ini.... Semoga ketabahan anda semua diganjari rahmat dan balasan baik dari Allah....InsyaAllah...

Anonymous said...

Bye Bye BN

Mejar Bahar said...

kesian ah spe yg xsdey lgsung ble bce...nmpk sgt hati die dh trmkn ngn fitnh2 tu.tgok buletn utama jek manjg.bce utusn xabes2.bukn nk slidik dlu.dr dlu lg org nk jtuhkn anwar..tp npe skang ni anwar msih wjud lg.ssunguhnya,Allah sntiasa brsama org yg brsbr...

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template