banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Sunday 8 January 2012

Tak sampai 24 jam di pecat HASSAN (AKIDAH) terus join Umno..

(1)Terimakasih gua ucapkan kepada Ahli jawatankuasa Pas Pusat kerana berani membuat satu keputusan yang bijak dengan memecat Dr Hasan Akidah dari Pas,keputusan yang gua rasakan seperti mimpi yg selama ni gua fikir AJK Pas pusat tidak akan berani membuat keputusan seumpama itu terhadap Dr Hassan Akidah yg dikatakan kebal daripada hukuman disiplin parti,tetapi dengan keputusan ini ia menunjukkan Pas dah mula tegas tentang disiplin Parti dan Pas mengambil berat tentang hubungan dalam Pakayan Rakyat. Terimakasih,terimakasih,terimakasih.


(2)Kerenah Hassan Akidah ini bukanya perkara yg baru terjadi..bahkan tahun-tahun sudah beliau suka mengeluarkan pendapatnya sendiri dan selalu memberi ucapan yg "melawan arus" antara sesama ahli didalam parti,Tindakan terbaru beliau mengkritik PAS yang menjalankan kempen sokongan terhadap DS Anwar di mahkamah pada 09 Jan ini nanti sudah cukup buat kita mengenali `hati budi' Dr Hassan Akidah selama ini.

Saya tidak kisah samada Dr Hassan Akidah suka, sokong, benci atau meluat dengan DS Anwar atas apa jua alasan beliau, tetapi kenyataannya yang menghasut agar rakyat, penyokong PAS termasuk Mahasiswa jangan menyokong DS Anwar di dalam menghadapi perbicaraan nanti menunjukkan betapa busuknya hati Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor itu.


Beliau menganggap apa yang berlaku terhadap DS Anwar itu adalah masalah peribadi yang PAS tidak boleh camportangan.  Ertinya, selama ini Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Hj Hadi dan Mursyidul Am PAS, bahkan Ulamak Muktabar seperti Syeikh Yusuf Qardhawi, Syeikh Taha dan Dr Wahbah tersilap kerana menyokong masalah peribadi DS Anwar?
Itukah fahaman Dr Hassan Akidah di dalam perjuangan sesama rakan sendiri?  Bagi saya, hal peribadi adalah seperti seseorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi MB sehingga sanggup `berunding dalam gelap' bersama musuh.


Adakah Dr Hassan Akidah pejuang Islam? 


Jika beliau benar-benar pejuang Islam, sewajarnya beliaulah orang pertama yang membantah kes DS Anwar itu dibicarakan di Mahkamah Sivil dan beliau juga sepatutnya orang pertama yang menyokong kuat kehendak DS Anwar untuk memilih Mahkamah Syariah di dalam kes Qazaf.


Tetapi, mengapa di dalam hal ini beliau membisu? 


Mengapa beliau mahu DS Anwar terima sahaja keputusan mahkamah nanti yang kononnya `Qada dan Qadar' Allah terhadapnya? 
Jika mahu mencari `seketul daging busuk' di dalam PAS, carilah pada Dr Hassan Akidah.
Beliau sudah lama dilihat tidak bersunguh-sungguh berjuang di dalam PAS. Siapa boleh beri jumlah berapa kalikah Dr Hassan Akidah turun berdemontrasi bersama PAS mahupun anjuran PR atau NGO yang menentang sebarang ketidakadilan?
Pernahkah anda melihat Dr Hassan Akidah disirami air kimia Water Canon jauh sekali dipukul atau dikasari oleh FRU? 
Jika kehadiran orang ramai pada 09hb Jan ini nanti tidak digemari oleh Dr Hassan Akidah kononnya itu adalah masalah DS Anwar, bagaimana pula dengan perhimpunan-perhimpunan atau demontrasi-demontrasi lain yang turut disertai oleh pemimpin Pembangkang?
Ini menunjukkan Dr Hassan Akidah mahu jalan paling mudah untuk berjuang iaitu pentingkan diri sendiri.
Bayangkan jika beliau berada di tempat DS Anwar sekarang? 
Apakah beliau dan anak bininya mampu bertahan seperti yang dilakukan oleh DS Anwar? 
Apa perasaan beliau jika tiada seorang pun yang bersimpati atau menyokong beliau tatkala beliau difitnah?
Dr Hassan Akidah lebih layak tinggal di dalam hutan kerana beliau pentingkan dirinya sendiri dan tidak peduli apa pun yang berlaku ke atas orang lain. Jika di dalam PKR, sudah terlalu banyak `daging-daging busuk' yang telah berjaya dikeluarkan, kini di dalam PAS masih terlekat seketul daging busuk yang kini berjaya dihidu oleh Umno.
Puji-pujian Dr Hassan Ali kepada Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz diharapkan tidak melekakan PAS dari membuang seketul daging busuk ini dari merebak lebih jauh.


allahhuallam..

16 comments:

Syafiqah WN said...

Syukurlah Ustaz Nasarudin Mat Isa tidak terperangkap atau terpedaya dengan helah yang diciptakan

Muna hajar said...

Kenapa guna nama Hasan Aqidah?mcm nak perli org yg berjuang atas dsr aqidah je?gunalah nama hasan lain lagi baik,ini juga satu usaha spt permainkan perjuangan aqidah,Hasan Ali masalah lain

Tariq Ziyad said...

YB Nazaruddin pun dah berjinak dgn TV 3 dan membicara tentang politik yang memihak pada UMNO/BN. mereka ini dah lama umno pe4lihara; banyak kemewahan dah umno beri; sekarang umno nak hasilnya.

Tariq Ziyad said...

YB Nazaruddin pun dah berjinak dgn TV 3 dan membicara tentang politik yang memihak pada UMNO/BN. mereka ini dah lama umno pe4lihara; banyak kemewahan dah umno beri; sekarang umno nak hasilnya.

mantaro said...

Kebijaksanaan PAS.Bertindak berdasarkan hukum hakam.Masih memberi peluang untuk Dato Hassan Ali merayu.

Anonymous said...

bro..jgn guna hassan akidah..jgn silap guna perkataan akidah tu..takut2 jatuh akidah lak nanti..tukar le..aku cuma nasihat aje ...neway bagus le dah kena pecat si hassan tu..tak lama lagi boleh sembang2 ngan zul nordin..kalau boleh exco sgor pon kasik pecat lagi bagus...(jgn lupa..jgn silap bagi nama kat org..nanti sendiri berdosa lak..)

Anonymous said...

semoga pucuk pimpinan PAS tidak ghairah untuk memilih calun PRU dari kalangan mereka yg popular tapi belum diuji.

Anonymous said...

hasan ali tahu siapa bermoral dan siapa tidak

CUPING MERAH said...

kepada member yg komen pasal akidah tu..harap2 bleh paham..
1.hassan ali adalah pejuang akidah kononnya
2.dengan letakkan nama akidah,semoga menjadi doa untuknya supaya betul2 berjuang untuk akidah..

klau muskil tanya ustad...ha ha ha ha

Anonymous said...

1. aku tak tau kenapa rakyat msia memberi perhatian kpd hassan ali?
2. hassan ali BODOH , dulu haji hadi dah defend dia bagus , patutnya pandai-pandailah ejas , ni nak tunggu hingga dipecat dan pemecatannya disambut suka tahniah oleh penyokong !!

Anonymous said...

eee teruk nye bahase kt sini..kata org islam? ape ni teruk sgt kutuk2 hasan ali..mane org lain mase dia tahan org2 islam minum arak?? tgh celebrate ngan teresa kok n dap ke?mmg pas gunekan agama utk politik kan..lepas tu ade totok2 yg dok defend pas ni..kesian kt korang sume..sbb korang la terukkk..

Anonymous said...

cakaplah apa nak cakap...tulislah apa nak tulis. Dunia ini hanya ujian & lumrah akhir zaman bila yg salah dikata betul, yang betul dikata salah. Lumrah akhir zaman bila pemimpin yg jahil dikatakan ulamak, pemimpin yang arif dikatakan sesat. Kebenaran pasti datang.

Anonymous said...

Baik bagi hasan dipecat supaya dia memilih parti mana yang mantap bagi perjuangannya . Sekarang pilihlah...

Anonymous said...

bg pndngn sy.....
Sekiranya DHA nk perjuangkan akidah islam, nk slmtkn akidah islam, npa dia tak myuruh kerajaan skrng ni mlakukan hukum hudud..sudah pasti isu murtad tidak dibangkitkan, dan tidak ada himpunan sejuta umat slmtkn akidah islam..ni lah padahnya mgatasi dan melanggari hukum2 Allah yg tkndg dalam Al-quran dan As-Sunnah..Wallahu A'lam..

Anonymous said...

Salahkan kerajaan pimpinan Umno/BN kerana membenarkan kemungkaran yg nmpk jelas..mmg sudah Jelas..Negara kita mmg teruk dari segi akhlak dan moral..fikir sjenak yer..Wassalam...

Anonymous said...

Kalau dulu akulah org yang pantang dengar org kutuk pas...tp slpas mereka amek keputusn bergabung ngn dap n pkr,akulah org yang pling kecewa..last2 hak2 org melayu dinafikn,bdak2 universiti disuruh berdemostrasi,y konon2 muslimat pun trut berhimpun ngn ribuan lelaki...islam ajar ke semua 2..bukan,tp dap n pkr y ajar...last2 aku frust,skt ati dn sgt2 sedih..dn yang pasti aku mohon PAS tukar nama parti kpd Parti Aman Semalaysia...jgn gunakan agama islam utk nama parti...merosakkan agama n bangsa....

psss...kalau xmasuk pas 2 dikira bukan islam ker...sendiri mau ingt la...sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui...Allahuakbar..

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template