Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Sunday, 8 January 2012

Tergamak Pas buat saya sebegini - Hassan aLI



Saya sedih dibalas sedemikian rupa...

Exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu.

"Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya hari ini mengumumkan memecat Dr Hasan atas tindakannya yang didakwa "menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS".

Pemecatan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti itu dibuat setelah mesyuarat jawatankuasa pusat lebih tiga jam di Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam kenyataan segeranya hari ini, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata akan merujuk kepada sahabat-sahabatnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga berkata akan memanggil sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjelaskan kedudukannya berhubung perkara itu.






1 comments:

Anonymous said...

Hassan, kau panggil sidang akhbar dari washiton post ke baru best. Lain kali cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kau ni sombong tak boleh ditegur. Kau ingat kau pandai bercakap kau dah terror semua hal. Sekarang kau dah bebas, kau boleh pilih parti mana yang kau suka. Aku doakan kau berjaya dalam bidang kau sebab lepas ni kau boleh hentam pas sesuka hatimu. Kau pun dah tak ada pertalian lagi dengan PAS kan.

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template