banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday 18 August 2009

UMNO makin parah..Lagi Pemimpin UMNO sertai PKR


Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, DatukAlimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untukmenyertai PKR.

Ketikadihubungi Malaysiakini hari ini, Alimudin berkata beliau membuatkeputusan Sabtu di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliauberkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan dalam blog bekastimbalan perdana menteri mengenai perkara itu hari ini.

Blogtersebut menyatakan Alimudin yang juga bekas ahli jawatankuasa bahagianUmno Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno danmengumumkan menyertai PKR.

"Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Sabtu lalu di Mentakab, Pahang," tulis blog tersebut.

Menurut Alimuddin beliau membuat pengumuman tersebut di Taman Saga Mentakab dalam satu majlis yang dihadiri oleh Anwar di situ.

Katanya, beliau bertindak keluar Umno kerana "tidak wujud ruang demokrasi dalam Umno".

"Saya dukacita, kebebasan bersuara tidak ada dalam Umno. Kalau dikongkong, (maka) tidak guna jadi ahli," katanya.

Menurutnya,beliau telah menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian Temerloh padapagi Sabtu lalu untuk membentangkan satu usul meminta perdana menterimewartakan hari Jumaat sebagai hari cuti umum.

"Sudah dua kali -tahun lalu dan tahun ini - bahagian tidak memberi peluang kepada ahliberucap (dalam mesyuarat bahagian). Ahli sepatutnya mengusulkan apayang mereka tidak puas hati.

"Oleh kerana tidak ada peluang, apa guna saya berjuang dalam Umno. Nak bersuara tak boleh, apa gunanya," tambahnya.

Bagaimanapun, kata Alimudin, beliau tidak ada sebarang masalah dengan Umno bahagian.

"Tetapi, Umno bahagian mesti memberi peluang (kepada ahli) memberi idea baru. Sindrom 'angguk, kipas' tak ke mana," katanya.

Bukan setakat angguk,kipas dah macam sesumpah..




oii...zali dan tungaklangit bila lagi nk pindah oiii!!
nnti borang dah habis baru nak terhegeh-hegeh..wakakahhhh..

2 comments:

Anonymous said...

merajuk dan keciwa berkenaan hal cuti hari jumaat,,,sungguh lemah si alimuddin,,,belum apa2 dah kecundang,,,sungguh malang pkr menerima manusia seperti alimuddin ni,,,

CUPING MERAH said...

lagi malang datuk alimudin meninggalkan umno..

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template