Berpegang pada fahaman ini,apa sahaja yang memungkinkan ahli-ahli politik itu mencapai matlamat politik,mereka akan melakukannya,membujur lalu melintang patah.
Fahaman ini juga mencetuskan amalan" kuku besi"sesetengah ahli politik untuk mengekalkan kuasa mereka.Jika tidak mengamalkan dasar "kuku besi"yang sebenar,mereka menjalankan pemerintahan yang tidak adil.
Politik juga boleh mencetuskan amalan penindasan,penipuan dan pelbagai amalan buruk lain.inilah rupa politik yang kotor .
Adapun Islam yang anda akui,adalah agama suci murni,ia daripada Allah kepada manusia,untuk Allah dan akhirnya semua manusia akan kembali kepada Allah.
Islam adalah cara hidup yang lengkap,ia mengatur,menyusun dan membina penghidupan awal manusia sehingga akhir.
Daripada mula manusia bangun daripada tidur hingga kembali tidur pada malam hari.dari penghidupan dunia hingga ke penghidupan akhirat.semua ini digabung jalin daripada satu sistem yang dinamakan sistem Rabbani(ketuhanan).
Berpolitik dalam islam adalah suatu tuntutan murni,dimana Allah mengutuskan Nabi-nabi dan Rasul-rasulnya untuk menjadi Khlifah atau pemimpin atau peneraju ummah bagi mengatur penghidupan yang bersih,memerintah dengan adil dan saksama tampa kezaliman dan penindasan.
Politik Islam menjadikan pemerintahan atau melaksanakan sesuatu ibadah.Ahli politik Islam perlu telus dan ikhlas kepada Allah.
Islam dan politik adalah suatu kesebatian tampa mengenal pemisahan.Itulah realitinya islam berkembang sebagai suatu sistem Rabbani dari Ilahi yang mantap.
Bukti yang yang nyata dapat dilihat kepada perbuatan Rasullullah s.a.w. Yang disebut sebagai sunnah fi"liyyah.
Rasulullah s.a.w. Mendirikan suatu pemerintahan di Madinah dan baginda sendiri menjadi Ketua Negara dalam sebuah masyarakat majmuk (berbilang kaum) dan berbilang agama serta budaya.
Sebagai ketua Negara Nabi s.a.w. Memerintah dalam penuh saksama,walaupun beliau ketua Agama Islam.
Jika apa yang dilakukan Nabi s.a.w. tidak suci dan tidak bersih,bagaimana Allah boleh membiarkan Nabinya melakukan sedemikian.
Perbuatan nabi s.a.w. Seorang ahli politik,ketua negara dan pemimpin ummah,melaksakan segala titah perintah allah dalam negara madinah adalah suatu manifestasi yang menunjukkan islam dan politik adalah sebati dan tidak berpisah.
wallahualam.
0 comments:
Post a Comment