banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Sunday 23 August 2009

Exco Kerajaan Negeri Kedah Radhi Salleh Pula Bertindak Keluar Parti !!..PahangDaily

Eksklusif: Parti Keadilan Rakyat Bahagian Padang Serai Dibubarkan Manakala Exco Kerajaan Negeri Kedah Radhi Salleh Pula Bertindak Keluar Parti !!



Laporan media arus perdana hari ini (23 Ogos), memetik tentang dua orang pemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah Darul Aman, termasuk seorang anggota Exco Kerajaan Negeri mengumumkan keluar parti itu semalam. Mereka terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radhi Salleh (foto) yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia.

Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Seorang lagi Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan. Serentak dengan itu, Jamaludin juga membubarkan seluruh jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai.


Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam oleh kedua-dua belas pemimpin PKR itu. Maka heboh dikaca TV sebentar tadi perihal PKR Bahagian Padang Serai dibubarkan. Terkadang terasa lucu melihat adengan dan sandiwara yang berlaku ini.

Tambah memilukan ialah sidang akhbar itu dibuat di Kuala Lumpur. Apakah mereka ini sama seperti Osman Jailu dan Jamaluddin Razi, Exco Kerajaan Negeri Perak yang bertindak keluar dari PKR hingga menyebabkan kerajaan negeri dirampas oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah ini satu lagi strategi jahat yang dilakukan oleh UMNO bagi memastikan Pakatan Rakyat di Kedah tumbang, selepas mereka kecewa dengan kes di Selangor yang nampak menemui jalan buntu. Semua ini berlaku tatkala hari pengundian Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir semakin menggamit.

Apakah rakyat boleh percaya dengan laporan media arus perdana yang sudah diketahui sejak sekian lama sebagai penyebar fitnah dan propaganda kerajaan UMNO dan BN.






2 comments:

zali said...

percaya lah pada ketentuan
tuhan...dan belajarlah menerima
kenyataan.

tak payah menunding jari kononnya
ini kerja jahat umno...terima lah
ianya sebagai...

cobaan...

makin banyak tak puas hati dengan
apa yang dah berlaku bererti makin
banyak derhaka pada tuhan...

sekian tazkirah pagi ramadan kedua.

CUPING MERAH said...

PKR boleh la boss ko beli...

PAS jangan harap laa..

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template