banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Saturday, 22 August 2009

Apa kata Rakyat Permatang Pasir...!!


Pendedahan berkaitan peribadi calon UMNO yang tersebar meluas di Internet mengenai penyelewengan duit dan menipu yang dilakukannya menjadikan popularitinya menurun secara mendadak.

Blogger yg menemui penyokong UMNO sekitar permatang pasir memberi respons yang agak kecewa dengan parti UMNO di DUN tersebut.
Di sini ada ulasan daripada penduduk yang mana blogger sendiri Tanya pada mereka,


JASMAN JASIN, “Jika benar tuduhan serta penyelewengan dan penipuan yg dikatakan oleh internet ini, mengapa calon UMNO tak memberi sebarang respons?,..dia juga tak membuat sidang khas berkenaan isu ini, adakah kerana dia takut berhadapan dengan rakyat?.”. sepanjang 15 tahun kami menetap di sini, UMNO sememangnya ‘layu’ di Pulau Pinang, PAS lebih byk perjuangkan kepentingan org kampung.


RANJITHA DEWI, “ bangsa India memang tidak ramai di sini, tapi calon PAS dilihat banyak memberi kerjasama, terutama masa bertemu pengundi termasuk penduduk India,..sedangkan calon UMNO lebih utamakan perut sendiri,sebab itu kami tidak akan undi calon UMNO!”..katanya ketika ditanya di pekan Permatang Pauh.


RAHIM ISA, “calon PAS mungkin boleh dikira bersenang hati dgn segala macam kontroversi yang melanda calon BN, sebenarnya pemimpin UMNO dianggap pengecut kerana hanya bergantung pada isu memfitnah Anwar dan peribadi orang lain,sedangkan calonnya sendiri penuh bergelumang dengan najis”,…Rahimah juga berkata, “cuba tengok, baru 4 penggal yg YB Hamdan pegang banyak perubahan yang telah dilakukan, lagi pula Permatang Pasir berada di bawah Parlimen Anwar,50 tahun UMNO-BN memerintah tengok apa dah jadi pada orang melayu?”.


LEEM FOO KIT, “orang Cina mungkin banyak suka pada calon PAS kerana dia satu geng dengan DAP,..tapi kalau PAS menang pun, apa yang Salleh boleh bagi pada kami di sini, itu tak kesahlah daripada UMNO lebih baik PAS,..YB sebelum ini pun tak buat apa-apa pada rakyat Cina di Permatang Pasir,itu kami tak kisah kami tahu,dulu masa BN pegang pun apa ada kasi sama jugak.”…tambahnya, “kami lebih suka jika BN kalah karana kami tak suka pada parti yang perjuangkan perkauman”.


JOHAR MANAN, “memang tak boleh sangkal, ini kubu kuat PAS, kami di sini memang sudah lama ingin lihat YB PAS ubah tempat kami tapi selagi BN memegang Kerajaan Pusat, kami akan terus berjuang. Jadi kali ini, saya rasa sudah ramai mahu berubah ke PR..Kami melihat calon BN yang diletakkan disini adalah calon yang bermasalah,ini tanda positif bagi pihak PR,…kerana bagi kami kalau BN menang pun tak ada apa yang boleh dilakukan Cuma janji kosong je..””.

KAH..KAH..KAH..NANTI ADA ORANG MARAH AKU..
aku cuma memperbetulkan penipuan..

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template