banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday, 24 August 2009

SIAPA YANG DEDAH PEKUNG ROHAIZAT??




PAS menafikan menyerang peribadi Rohaizat Othman kerana Majlis Peguam yang memutuskan untuk memecat calon BN untuk PRK Permatang Pasir itu.

AJK PAS Pusat Dato Kamaruddin Jaffar berkata,PAS tidak membuat pendedahan tersebut sebaliknya Majlis Peguam yang membuat kenyataan mengenai Rohaizat.

Tambah beliau,Majlis Peguam berhak mendedahkan perkara tersebut kerana apa yang dilakukan oleh Rohaizat telah menjejaskan Badan tersebut dan juga Peguam-peguam yang menjadi ahlinya.

PAS tidak menyerang peribadi Rohaizat kerana kes beliau itu didedahkan oleh Majlis Peguam dan mereka berhak mendedahkan perkara tersebut kerana ia penting untuk membersihkan imej dan intergriti majlis tersebut serta ahli-ahlinya.

“Jika Muhyidin menuduh PAS menyerang peribadi calon mereka ia amat tidak tepat kerana selama ini UMNO yang sering menyerang calon-calon pembangkang tidak kira dari PAS,PKR atau DAP.

“Mereka (UMNO)bukan hanya serang ketika kempen pilihanraya tetapi akan terus menyerang selepas pilihanraya terutama jika UMNO kalah,kerana mereka (UMNO) tidak boleh menerima kekalahan.”jelas beliau.

Kamaruddin memberi contoh ketika kempen PRK Manek Urai,pemimpin-pemimpin UMNO menyerang peribadi calon PAS,Mohd Fauzi Abdullah yang dikatakan tidak mempunyai kelulusan tinggi berbanding calon BN.

Malah lebih teruk lagi,jelas beliau,pemimpin UMNO turut menghina kerjaya Fauzi sebagai peraih ikan yang dianggap tidak layak untuk menjadi seorang wakil rakyat.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template