banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday, 24 August 2009

“UMNOyang pecah lubang”


kempen BN yang menjalankan fitnah melalui blog terhadap Ustaz Salleh Man adalah kerana BN tiada modal untuk menghentam calon PAS itu.

Malah BN tertekan dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat bukan dari pihak PAS keatas moral Rohaizat, tetapi dari pihaknya sendiri.

Mereka kata kita (PAS) serang peribadi calon,tetapi mereka lupa yang membuat keputusan dalam menarik semua lessen guaman Rohaizat ialah bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang,Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman.

Yang mendedahkan isu ini adalah orang UMNO sendiri bersama dengan Majlis Peguam Malaysia.Malah Khalid adalah individu yang mempengerusikan mesyuarat bagi membatalkan lessen guaman Rohaizat.

PAS tidak mendedahkan isu moral Rohaizat,sebaliknya ia adalah pendedahan yang dibuat Majlis Peguam Malaysia,satu badan yang di anggotai bekas Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang waktu itu.

Kita menyarankan BN berhenti mengeluarkan tuduhan tidak berasas,sebaliknya menjawab isu-isu dilontarkan kepada calon mereka yang mana tuduhan dibuat dengan bukti.

Sebelum ini,rakan kongsi calon BN,Yusri Ishak pada 20 ogos lalu tampil dengan membuat pendedahan berhubung isu penipuan membabitkan Rohaizat dalam sidang media khas.

Yusri tampil berseorangan bagi memberi penjelasan membersihkan dirinya daripada tohmahan yang dilontar ketua penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang menuduhnya terbabit kes pembelian hartanah oleh koprasi Pekebun Getah Negeri P.Pinang pada tahun 2002.

Yusri yang pernah bersama Rohaizat di Firman Guaman Ariff and Rohaizat membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan akhbar arus perdana.

Ahmad Maslan sebelum ini mendakwa Yusri bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata,tindakan tatatertib keatas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat.

Ahmad Maslan menuduh seluruh jual beli untuk pihak KPGNPP diuruskan Yusri yang kononnya dideposit didalam akaun pelanggan firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi,akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangi dan diuruskan Yusri menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.
Dalam sidang media yang sama,Yusri turut mempertimbangkan untuk membuat laporan polis selain bercadang mengambil tindakan undang-undang.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template