banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Thursday 13 September 2012

Korupsi - Siapa MR 40% akan didedah - Cikgubard


Panas !!! Korupsi...Siapa MR. 40 % ....Akan Didedah

Korupsi di M’sia sudah membarah : SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.



PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan berlakunya penyelewengan melibatkan Jabatan Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan media hari ini Penyelaras SAMM Kebangsaan Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mendedahkan identiti seorang yang bekerja sebagai orang tengah dalam hal geran bantuan Perdana Menteri.

Badrul Hisham yang juga ketua PKR bahagian Rembau berkata pada 12 September (semalam) beliau menerima satu set dokumen di rumahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang.Menurutnya, SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.
Dokumen ini membuktikan bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan dan sebanyak RM200,000 terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai ‘komisyen’.

Menurutnya lagi, set dokumen itu mengandungi surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM500,000.

Surat-surat yang lain disertakan ialah surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada Kementerian Kewangan.Juga diperolehi ialah minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang membantu mendapatkan geran bantuan daripada Perdana Menteri.

Dokumen itu adalah bukti yang kukuh di mana pemimpin BN tersebut menjadi orang tengah kepada sebuah pertubuhan di mana mendapat geran bantuan RM500,000 tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% kepada syarikat milik pemimpin yang dinyatakan.

“Set dokumen tersebut turut melampirkan penyata kira-kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.

Ini termasuk beberapa dokumen yang boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard.

Sumber Kedah.kini

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template