banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Sunday 8 January 2012

Umno main bangsat,Pengawal peribadi Wan Azizan pengsan didakwa diracun





Pengawal peribadi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikejakkan ke hospital petang semalam selepas dipercayai diserang yang didakwa membabitkan objek tajam yang beracun.

Menurut seorang pembantu kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Fayyadh Afiq Albakqry yang mengiringi Wan Azizah diserang selepas selepas tamatnya ceramah ketua pembangkang itu di kampung halamannya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.
 
Serangan didakwa berlaku ketika Fayyadh Afiq mengiringi Wan Azizah meninggalkan tempat kejadian pada jam 10 malam semalam.

Mengikut jadual, Fayyadh Afiq sepatutnya mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi semasa dalam perjalanan dia mula berasa tidak sihat dan pengsan.

Wan Azizah kemudian mengarahkan pemandunya untuk berpatah balik utara untuk membawa Fayyadh Afiq ke ke hospital di Seberang Jaya.

"Pada mulanya, Fayyadh Afiq berdarah selepas cedera pada tangan akibat dirikam objek yang tajam. Kami merawat lukanya dan memutuskan untuk terus Parit Buntar.

"Tetapi selepas dia rasa tidak sihat, kami mengesyaki dia mungkin telah diracun semasa serangan itu," kata Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid.
 
Berita mengenai serangan itu merebak dengan cepat melalui Twitter dengan beberapa individu mendakwa bahawa Fayyadh Afiq sebenarnya luka ketika mempertahankan Wan Azizah yang menjadi sasaran sebenar penyerang itu.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template