Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Thursday, 26 January 2012

Umno Johor akan berkubur pada PRU 13?



Salam,
 http://www.umnojb.com.my/johor.gif
Ketika BN berangan-angan ingin merampas kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.
Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.
Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja. 
Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.
Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.
Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO. 
Kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.
Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.

Pengundi India pula tidak banyak berubah , UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti politik ini terhadap orang India.   Maksudnya, pengundi India masih 50-50.
Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di Johor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong  dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah.
Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 %. Ada kerusi  yang mencapai 35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%.  Malah ada yang hanya 10%.
Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau 75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR. Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .
Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah , jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1 parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?
Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di  19 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi  Melayu di bawah 50 %.   
19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak membantu PR menuju Putrajaya. 
DUN : Pengundi Melayu bawah 50%
1.    Jementah
2.    Tenang
3.    Bekok
4.    Tangkak
5.    Bentayan (DAP)
6.    Yong Peng
7.    Pengaram
8.    Layang-Layang
9.    Paloh
10. Puteri Wangsa
11. Johor Jaya
12. Stulang
13. Pangkalan Ranting
14. Skudai  (DAP)
15. Nusa Jaya
16. Bukit Batu
17. Senai (DAP)
18. Mengkibol (DAP)
19. Pekan Nanas
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%
1.    Segamat
2.    Labis
3.    Bakri
4.    Tebrau
5.    Pasir Gudang
6.    Gelang Patah
7.    Kulai
8.    Kluang
Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%.
  
28 kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.
DUN : Pengundi Melayu bawah 55%
1.    Buluh Kasap
2.    Pemanis
3.    Sg. Abong (PAS)
4.    Maharani (PAS)
5.    Tiram
6.    Permas
7.    Kempas
8.    Bukit Permai
9.    Mahkota
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%
1.    Sekijang
2.    Ledang
3.    Batu Pahat
4.    Simpang Rengam
5.    Sembrong
6.    Johor Bahru
7.    Pulai
8.    Tanjung Piai
Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini. 
PR hanya mampu memerintah Johor  jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.
DUN : Pengundi Melayu bawah 60%
1.    Kamelah
2.    Jorak
3.    Gambir
4.    Bukit Naning
5.    Parit Yani
6.    Sengarang
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%
1.    Ayer Hitam
Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor. 
Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahaja tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat UMNO juga bakal terlepas kepada PR.
Wasalam - Tulahan

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template