banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Friday 20 January 2012

PORTFOLIO - PEMUDA PAS MAHU JUMPA KHALID


Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) akan mengunjungi Menteri Besar Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung hal ini.

"Kami berhasrat untuk bertemu dengan Tan Sri Khalid berikutan perubahan portfolio daripada Ahli MMKN yang diwakili oleh PAS dan untuk mendapat penjelasan bagi portfolio baru yang diamanahkan kepada PAS Selangor.

"Dalam masa yang sama juga kami ingin mendapat gambaran penyusunan semula portfolio dan skop kerja bagi pimpinan Kerajaan Negeri Selangor selepas ini setelah berlakunya rombakan kecil portfolio yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid," kata Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Pemuda PAS mengucapkan tahniah atas pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).

"Kami turut merakamkan ucapan tahniah kepada ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel).

"Manakala ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar yang turut dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang baharu yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid," kata beliau dalam kenyataan itu.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template