banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday 31 January 2012

Adakah Kuasa Ketiga jadi penentu?

 

Kuasa ketiga yang dikatakan Hassan Ali menjadi penentu siapa mengetuai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), tidak relevan dalam konteks politik Malaysia kerana ia diwakili golongan kecewa yang ditolak Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Kumpulan yang menganggap diri sebagai kuasa ketiga sebenarnya tidak mempunyai banyak pengaruh terutama apabila berdepan dengan realiti rakyat Malaysia yang memilih parti bukannya calon dalam pilihan raya.
Malah, boleh di katakan, mereka yang sekadar ‘syok’ sendiri, sedangkan mereka ini kumpulan kecil. Jika melihat sejarah PRU 2008, tsunami politik dinikmati pembangkang bukan kerana BN lemah.
Ketika itu pengundi kecewa kepada BN dan memilih pembangkang yang menampilkan calon tidak ternama atau belum terbukti mampu menjalankan tugas.


Sebagai contoh iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dipimpin Datuk Ibrahim Ali dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) diterajui bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat keahliannya oleh parti itu, akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.Inilah yang dikatakan kuasa ketiga


Kita lihat mereka ini akan cenderung kepada parti asal masing-masing apabila tiba pilihan raya. Kuasa ketiga ini dibentuk individu yang kecewa atau yang mempunyai pandangan berbeza menyebabkan mereka meninggalkan parti supaya boleh menyuarakan apa saja tanpa bimbang dikenakan hukuman.
Namun, apabila tiba pilihan raya mereka akan kembali menyokong parti asal atau parti baru yang menjadi pilihan masing-masing kerana sebagai individu, mereka tiada berpengaruh.

Perlu kita ingat bahawa pengundi di negara ini, kini sudah matang dengan keadaan politik semasa terutama pembentukan kumpulan atau parti politik yang diasaskan oleh individu yang disingkir atau keluar daripada parti asal masing-masing.

BN boleh mempergunakan kumpulan ini dengan memujuk mereka menyokong perjuangannya..

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template