Laporan polis telah dibuat oleh keADILan Johor
KENYATAAN MEDIA
2 Ogos 2010, 28 Syaaban 1431
(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(15/10)
TAJUK
SIASAT SEGERA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGNGJAWAB MEMPERMAINKAN GAMBAR SULTAN JOHOR
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
1. Saya cukup kesal dengan perbuatan pihak-pihak tertentu yang telah menaikkan kain rentang di seluruh negeri Johor yang kononnya dinaikkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor yang memberikan ucapan tahniah di atas perlantikan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Negeri Johor.
2. Dengan tanpa rasa bersalah mereka telah meletakkan gambar Tuanku Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di dalam kain rentang tersebut sehingga saya difahamkan bahawa Astro Awani telah menyiarkan Sultan Johor telah murka dengan perkara ini .
3. Saya telah mendapat maklumat bahawa PKR Negeri Johor telah membuat laporan polis terhadap perkara ini dan mahukan polis membuat siasatan segera.
4. Tindakan biadap seperti ini perlu dihentikan segera kerana ia akan merosakkan imej Sultan Johor yang dihormati dan disayangi oleh rakyat jelata dan tidak mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak.
5. Saya bimbang tindakan jahat ini dilakukan untuk merosakkan hubungan istana Johor dengan PR yang semakin diterima oleh rakyat Johor khususnya dengan perlantikan Dr Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR yang baru.
6. Tindakan awal PKR Johor membuat laporan polis adalah tindakan yang tepat untuk membersihkan pandangan masyarakat kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyokong tindakan tersebut.
7. Kita akan menanti hasil siasatan yang bakal diumumkan nanti.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
http://www.minda-kembara.com/
2 comments:
Kalau UMNO nak tingkatkan sokongan melalui pengaruh Istana, mereka silap besar. Lihatlah perbalahan Tun Mahathir dengan Istana suatu masa dahulu, berapa kerat yang sokong istana walaupun mereka sanggup berceramah hingga ke Felda? Tun Mahathir juga yang bijak dan menang. Ini kerana rakyat hidup dalam realiti zaman. Kuasa politik adalah lebih penting bagi kelangsungan periuk nasi dan rezeki halal untuk anak bini di samping pemilihan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Ubahlah cara berpolitik yang lebih bijaksana wahai UMNO, kerana ramai Melayu masih sayangkan parti anda. Oleh itu tukarlah pemimpin anda yg korup itu untuk masa hadapan dan kelangsungan parti anda. Penglibatan Istana tidak akan menambahkan sokongan terhadap anda, malah akan memendekkan lagi jangka hayat parti anda.
TPM telah menafikan dalam berita malam tadi......
Memperbodohkan orang melayu yang akhirnya akan memakan diri sendiri...
Post a Comment