banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Friday, 30 July 2010

JAKIM DIMINTA MEMPERKENALKAN LOGO HARAM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memperkenalkan logo haram di samping mesti berani untuk mengisytiharkan produk-produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan umat Islam.


Ketua dewan pemuda PAS, Nasrudin Hassan at-Tantawi mendesak kerajaan berbuat demikian setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal.

“Saya mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram  untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nasrudin Hassan, lambakan barangan atau produk haram bagi umat Islam kini semakin bertambah
dan membimbangkan umat Islam.

Katanya, lebih malang lagi terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.

Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama, Hassan mahu mereka memperkenalkan logo haram.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template