banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, 9 June 2010

SUBSIDI - KALAU TAK GHETI NAK URUS KASI JER KAT PR..


Kita tidak bersetuju dengan pemansuhan subsidi barangan kawalan seperti gula,tepung,minyak masak,perkhidmatan perubatan awam,pendidikan oleh kerajaan kerana ia akan membebankan rakyat.


Rakyat yang tinggal dibandar sudah trauma kesan buruk akibat kenaikkan harga petrol sebanyak 30 sen seliter sedikit masa lalu.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato sri Idris Jala menyifatkan jika subsidi tidak dimansuhkan,dengan kadar pertambahan purata hutang negara sebanyak 12% dan hutang terkumpul sejak 1997 makin sarat,negara ini akhirnya akan menjadi bankrap seperti Greece pada tahun 2019.

Idris bercadang supaya subsidi dimansuhkan untuk mengelakkan malaysia daripada menjadi bankrap.

Sama ada subsidi dimansuhkan atau tidak,malaysia tetap akan jadi bankrap sekiranya umno-bn terus memerintah negara,sekiranya dasar dan pemikiran mereka tidak berubah.

HARGA MINYAK MENTAH IAITU PETROLEUM,GETAH DAN MINYAK KELAPA SAWIT NAIK SEJAK 1997,PADA MASA YANG SAMA NILAI HASIL SEKTOR PEMBUATAN MALAYSIA JUGA BERTAMBAH,DALAM KEADAAN PENDAPATAN NEGARA MAKIN BERTAMBAH INI,KENAPA HUTANG NEGARA MAKIN BERTAMBAH SETIAP TAHUN?

KEMANAKAH WANG CUKAI YANG BANYAK ITU PERGI?BUKANYA SEMUA DIGUNA UNTUK SUBSIDI BARANGAN KAWALAN.

Kita yakin rakyat semakin sedar,punca segala masalah ekonomi dan sosial negara hari ini ialah amalan rasuah,kronisme,pembaziran,rent-seeking dan penyalahgunaan kuasa yang sudah menjadi budaya dan sebati dengan falsafah hidup UMNO-BN.



CUPING : Kalau tak reti nak memerintah kasi ajer la kepada kerajaan pakatan rakyat memerintah.

3 comments:

Unknown said...

Salam,
1.Nak urus MALAYSIA...urus dulula pasal pasir di selangor...

Unknown said...

PAS HALALKAN ARAK DI KELANTAN

1.BN dikatakan menghalalkan judi kerana dalam proses mengeluarkan dan meluluskan lesen judi bola sepak..

2.Kalau ukuran sama digunakan..PAS sebenarnya telah lama menghalakan ARAK di KELANTAN kerana telah mengeluarkan lesen arak di KELANTAN....

3.Bolela tuju ayat2 di bawah pada MB KELANTAN...

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaithan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Al-Mai'dah (5) : 90

Sesungguhnya syaithan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan shalat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
Al-Mai'dah (5) : 91

adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian,kelantan

CUPING MERAH said...

tak mau layan cerita dongeng..keh..keh..keh

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template