WALAUPUN SATU KETIKA DULU SIKATAK NI MENJADI KAWAN DAN KHAIRY SENTIASA BERADA DI PARTI LAWAN...AKU TETAP MEMILIH KHAIRY...KENAPA?
KHAIRY DAN BAPA MERTUANYA TELAH BANYAK BERJASA KEPADA KITA...JANGAN LUPA ITU...
SI KATAK NI BELUM PERNAH MEMBUAT JASA SEBALIKNYA BANYAK MEMBUAT DUSTA..
Perang mulut antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.
"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.
Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”
Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.
CUPING : Kalau bergaduh sesama dia ...pandai-pandai ler cari satu mana nak sokong
0 comments:
Post a Comment