Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday, 3 May 2010

APABILA POLIS BERAJA DIMALAYSIA

Lagi Remaja Terlantar Di Hospital, Dakwa Dikasari Anggota Polis


SHAH ALAM 2 MEI: Seorang remaja lelaki terlantar di hospital berikutan kekasaran polis selepas menyertai program anjuran Exco Kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah (MBSA) di Dataran Shah Alam, malam semalam.


Kejadian berlaku kurang seminggu dari kontroversi kes Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis.


Kali ini turut melibatkan golongan remaja, semata-mata reaksi spontan mereka yang melarikan diri apabila didatangi polis secara mendadak.


Kejadian berlaku ketika beberapa remaja sedang duduk di kawasan Dataran Shah Alam selepas menyertai program ‘Generasi Idaman Selangor’, sebelum peronda polis secara tiba-tiba muncul diiringi kebingitan siren.


Kumpulan remaja itu melarikan diri dengan motosikal tetapi seorang dari mereka dikatakan dikasari polis.


Mangsa yang cedera di kenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam.


Pelajar jurusan elektrik dan elektronik ini mengalami kecederaan di muka termasuk bibir dan lulut.


Bercakap pada sidang media yang anjuran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, seorang remaja, Mohd Saifullah Mohd Razali yang berada di lokasi kejadian menyatakan kekesalan dengan pelakuan polis.


“Memang tidak wajarlah. Kita orang datang niat baik, balik dengan kecelakaan. Memang tak sangka jadi macam ini, kena pada member pula. Tak taulah tindakan polis guna kuasa dengan tak sepatutnya," kata Mohd Saifullah.


Pada sidang media sama, bapa mangsa, Mohd Adil Baharom pula mengharapkan keadilan dan meminta polis menjaga keselamatan awam dan bersifat mesra kepada rakyat dan bukan sebaliknya.


CUPING: Biarlah Raja yang menjadi Raja jangan korang suka-suka nak jadi raja...

2 comments:

umatislammukmin said...

aku HARAMKAN keturunanku kerja sebagai polis,.sebabnya

P = people
O = of
L = law
I = is
S = stupid

Kalau nak kerja jadi polis kat Arab Saudi takpe..sebab kerajaan Arab Saudi tegakkan hukum HUDUD & tegakkan hukum Islam..


Diaorang (kerajaan Arab Saudi)tak kira samada seseorang tu polis ke, hapa ke...kalau buat salah maka tetap akan ada hukuman.. Tiada pengecualian.


Bukan mcm kat Malaysia ni, pemimpin2 Melayu mengaku islam tapi arak, judi, rasuah & berbagai lagi kemungkaran dihalalkan..Terang-terang menentang ALLAH tapi ini la yg orang2 Melayu agung2kan...

Mengaku islam hanya sekadar kat surat beranak & kat I.C aje.. Tapi TOLAK ISLAM sekeras2nya..

Bangang punya 1Malaysia

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template