banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Friday 11 December 2009

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?]

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.



Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.


Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?


Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.


Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.


Ketika semua tetamu jemputan telah ber sedi a untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !


Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang


kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?


Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"


Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:


Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab


saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu


dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.


Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya


saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.


Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah


jatuh dalam longkang.... ......... !!




Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya


terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....








CUPING : Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

3 comments:

Unknown said...

Cuping,bg komen sikit N3 terbaru aku pasal Ajaran tarekat sesat.
http://ijoks2009.blogspot.com/2009/12/zikir-rock.html

Unknown said...

Cuping apa khabar bisnes,
sibuk nampak,dah tak nak main blog lg ke?

CUPING MERAH said...

aiseh!! masih berterabur lagi dalam penyusunan ni...

akan kembali sedikit masa lagi...

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template