nampaknya masih menjadi igauan ngeri Umno dan BN.
Paling terkesan dengan perubahan itu adalah Umno sebagai parti tunjang
BN.Hingga kini Umno bukan sahaja gagal meyakinkan rakyat tentang
relevannya parti itu untuk terus menerajui pemerintahan negara,malah
dilihat parti-parti sekutunya dalam BN sebagai punca merosotnya
sokongan rakyat,khususnya masyarakat bukan melayu dalam BN.
Dalam usaha menarik semula sokongan rakyat terhadapnya,Umno dan BN
kini berusaha keras untuk memecahkan perpaduan yang wujud anatara
parti-parti politik yang membentuk Pakatan Rakyat.
Isu "kerajaan perpaduan" dijadikan modal untuk memecahkan perpaduan
yang wujud dalam Pakatan Rakyat.
Dengan bantuan media massa arus perdana,dan blogger-bloger Umno,Idea
"kerajaan perpaduan yang lebih merujuk kepada "kerajaan tampa
pembangkang" yang membabitkat semua parti politik di negara ini cuba
disempitkan kepada rundingan kerajaan "perpaduan" antara Pas dan Umno
bagi melangsungan "ketuanan politik Melayu".
Tujuanya tidak lain,untuk menimbulkan perasaan curiga masyarakat bukan
Melayu terhadap keikhlasan Pas dalam memperjuangkan agenda negara
bersama Pakatan Rakyat.
Bagaimana pun usaha BN untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat tidak
kesampaian apabila idea "kerajaan perpaduan" ditolak oleh
pemimpin-pemimpin pas.
Malah dalam semangat ukhuwah yang tinggi"ribut dalan cawan"Pas yang
berlaku akibat perbezaan pendapat dalam menangani isu tersebut
berjaya diselesaikan,
Perkembangan yang berlaku ini pasti mengecewakan Umno-BN.Maka
terhamburlah pelbagai tuduhan dan dakwan liar para pemimpin BN
terhadap Pas dan Pakatan Rakyat.
Pergolakan kecil berlaku di Kedah apabila Dap negeri menarik diri dari
Pakatan Rakyat diperbesar-besarkan sebagai isu Nasional.
Teguran PJ Pas Selangor terhahadap SELCAT dijadikan isu yang
besar,maka dicanang Hassan Ali akan melompat dan berkerjasama dengan
Umno.Tak kurang juga penyokong Pakatan Rakyat sendiri menuduh Hassan
Ali gila kuasa untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Ia dianggap sebagai kegagalan pakatan politik PAS-DAP-KeADILAN dan
dijadikan modal untuk menutup kelemahan Bn yang sedang mengalami
krisis kepercayaan rakyat.
Malah peribadi Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz dijadikan sasaran
serangan beberapa pemimpin Umno yang begitu kecewa dengan kengganan
Pas membentuk kerjasama politik dengan parti itu.
Ada diantara mereka menuduh kononya pemimpin Pas itu lebih cenderung
membentuk pakatan politik dengan Dap yang dianggap sebagai 'parti
ekstremis cina' berbanding muslimin muslimat didalam Umno.
Sejauh mana berkesannya BN di era media massa aliran perdana mula
kehilangan pengaruh terlalu awal untuk dinilai.
Bagaimana tahap cerdik politik rakyat tidak boleh dipandang remeh oleh
BN apatah lagi kemunculan 'media baru' dilihat mampu berhadapan dengan
propaganda BN yang disebar melalui media arus perdana.
Pergolakan kecil yang berlaku di Kedah,Pulau Pinang dan Selangor tidak
akan menjejaskan komitmen dan Iltizam Pakatan Rakyat untuk melakukan
perubahan politik dan mentadbir Negara.
Dengan sokongan padu rakyat,Umno dan BN hanya mampu menggigit jari
yang sudah pun kehilangan kuku....
--
Sent from my mobile device
0 comments:
Post a Comment