Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Thursday, 29 October 2009

FORMULA GAGAL..

Nampaknya ujikaji malam tadi tidak mendapat formula yang baik untuk menyembuhkan kudis-kudis yang berjangkit kepada semua orang..


Keputusan yang aku tunggu dan juga aku harapkan ternyata sia-sia,apabila keputusan ujikaji diumumkan tidak berjaya.


Maka bertambahlah keruk-keruk aku sehingga menggelupas kulit,cream yang sedia ada masih digunapakai sedangkan cream itu tidak berkesan untuk menyembuhkan malah bertambah merebak.


Ia mesti ditangani secepat mungkin sebelum PRU 13 nanti
Kalau dia biarkan ia makin merebak kepada kaum-kaum lain,maka Pru 13 nanti ...bukan setakat cream..dengan botol-botol sekali akan terlungkup.


5 comments:

mohd Ali said...

Ana rasa Isu Kerajaan Perpaduan hendaklah dibincangkan secara bersemuka antara Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi,Cikgu Pa, Hasan Ali. Tak patut langsung ada rasa tidak puas hati yang diluahkan secara terbuka antara 2 tok guru. Namapun tok guru, mestilah yang diluahkan berdasarkan firasat terpimpin dari Allah, bukan nafsu… Ana rasa tak patut langsung Pimpinan PAS pusat khususnya menjadi bengkeng(pemarah) dan takkan tak ada perjumpaan sebulan sekali yang wajib bagi pihak pimpinan PAs pusat.
Ana cadangkan Usrah Pimpinan Pusat perlu diwujudkan bagi merapatkan talisilaturahim antara pimpinan.
Zaman dah maju, ambil no tel. dan telefon. Saya dah mula merasakan Blog dah menjadi senjata makan tuan. Lebih merosakkan dari memberi kebaikan.
Ingatlah bila berfikir sendirian, syaitan akan berperanan.Bagi ana dua2 tak salah.
Ana rasa tak perlu mesyuarat luarbiasa, yang perlu sabar luarbiasa.
Bagilah peluang semua orang bercakap, jika ada kerajaan perpaduan Presidenpun kena minta mandat pada ahli.So….nak kalut apa…. Kalau buat sungguh kerajaan perpaduan ana yakin akan dimaklumkan pada ahli.
Ana rasa tahun nie Allah turunkan wabak EGM kot, sampai PAS pun nak kena jugak tak kecuali..
Bagi ana biarlah beberapa orang buat kenyataan ikut sedap mulut, lepas nie kita pangkahlah pimpinan yang ikut sedap kita pulak.sabar……
Ana doakan dua2 tok guru sihat dan tak jatuh sakit akibat daripada banyak berpikir. InsyaAllah PAS tetap teguh. Kami anak2 PAS anggap dua2 macam Ayah dan Bonda, dua2 kami sayang, dua2 kami hormat. Tapi Ayah dan Bonda takkan kalau nak gaduh depan anak2. Betul jugak kata arwah ayah takkan dalam keluarga takdak bergaduh, tapi kita adik beradik yang lain tak patut jadi batu api, patutnya kita jadi pendamai.Tak patut masuk campur kalau tidak akan jadi lagi kecoh. Alih2 dok tahun depan dapat adik baru lagi. InsyaAllah, Amin.

CUPING MERAH said...

itulah yang saya harapkan..jangan bersikap mendiamkan diri,jangan biarkan ahli atau penyokong kebingungan...

Bila ahli atau penyokong kebingungan maka timbullah pelbagai cerita yang tak enak didengar...

makin lama makin menjadi-jadi,dan sebagai pemimpin segera bertindak dan melakukan sesuatu supaya semua pihak berpuas hati...

kita tahu tidak semua perkara yang pemimpin boleh menyelesaikan secepat mungkin..tetapi sekurang2nya bila timbul satu-satu isu perlulah ditangani segera dan tidak berdiam diri..jangan sampai isu itu dah menjadi panas..barulah terhegeh-hegeh bersuara...

aku sokong apa yang baik..

jaam said...

senang jer bro!

buang mana mana tok ketua yang dah tua2, sekarang kita cari yang muda2 untuk terajui pas.
pas mesti turut berubah mengikut pra zaman, pas sepatutnya mendahului umno dalam hal kepimpinan.

jangan nanti pas ditinggalkan bersama tukun buruk!

Terjah semacam said...

wah wah, mamat jaam ni, jangan ingat yg tua2 tu dah x leh pakai. kalau nk ganti yg muda2 tpi perosak buat apa.

Ucapan jaam ni umpama mengata pada makbapa sendiri. aku ingat mungkin makbapak kau ni yg tukun buruk

pas dah lama mendahului umno dari segi kepimpinan.kalu x kerana 2 tuk guru ni dah lama pas jadi hamba umno.
jgn cakap senang je.........

labulabi said...

kah kah kah

Tukar je parti, lebih mudah.

Di masjid, di surau, pas selalu cerita pasal persaudaraan dalam Islam. Ini persaudaraan dalam parti pun rupanya indah khabar dari rupa. Sesama Islam berpangkat mursyidul pun bole dengki dengan orang yang berpangkat ustaz?

kah kah kah

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template