banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Sunday 27 September 2009

TANDAS DALAM BILIK

Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya  gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini  ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian  belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan
terkentut-kentut dan  cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya
syaitan suka duduk di  tempat-tempat kotor seperti tandas.


Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik? Takkah itu  bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.


Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah  satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap  atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama  berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab  dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak  perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air.


Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka  macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai  mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.


Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah.
'Bank  kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini,
orang bukan saja  membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat  seolah-olah macam tempat tidur!


CUPING: RUMAH AKU PUN TANDAS DALAM BILIK

4 comments:

Unknown said...

Betul sebetul-betulnya.Aku dah lama pikir benda ni.Kira macam kita bela syaitan jugak la.
Tapi ada satu cara ko nak halau syaitan dari tandas rumah ko.

Bila malam nanti ko siram air panas kat dlm lubang tandas tu.nanti ada la anak2 dia yang mati kena air panas tu.

Tapi kalau dia mengamuk nanti takut ada yang kena rasuk susah nak ubat.kata Ustaz Ismail Kamus.
Kalau berani buatlah.he he he..

zai said...

Salam..

Satu N3 yg ckp bermanfaat dan soalan cepumas dari budak 10 tahun yg sangat mengagumkan..tak terkata apa2 dah..sbb mmg betul sangat2 pandangan saudara tu..sbb rumah akak pun tandas kat dalam bilik juga maklumla rumah apartment..hmm..nauzubillah..mudah2an masih mampu terpelihara dari hasutan syaitan..

CUPING MERAH said...

aku ketawa jap baca komen ijoks..
betul tu..

kalau berani siram la dengan air panas..jangan buat pasal,takut yang ada kat dalam tu anak bongsu kesayangan mampuih nanti dikerjakan..he..he..he

Anonymous said...

mengarut betul la cikgu tu..mana ada setan-setan lari kedalam tandas...

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template