banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, 22 September 2009

MISI PERANG SUDAH BERMULA

Di penghujung puasa,blog-blog agak sepi seketika dimana para blogger
baik dari Pakatan Rakyat mahupun pencacai Umno,masing-masing sibuk
dengan persiapan hari Raya dan bersama keluarga masing-masing.


Aku yang setia dengan blog(tak dapat cuti tahun ini,kena kerja)cam
biasa balik kerja mengadap Internet agak kesepian bersendirian tampa
teman-teman seperjuangan.


Teman yang biasa setia dengan chatroll pun menghilangkan diri buat
seketika,hanya yang tinggal kad-kad dan ucapan selamat hari raya di
muka hadapan blog masing-masing.


Hanya dua ataupun tiga blog sahaja yang masih aktif termasuk blog aku
la tu,dan mungkin satu dua lagi,aku ingat cam aku jugak tkdapat cuti
Raya atau dikampungnya ada sambungan Internet.Blog yang lain dah
dikunci rapat-rapat sebab semua nak balik kampung.


Sesekali aku terfikir..adakah Malaysia ini masih kekurangan Teknologi
Internet ataupun kita sendiri yang tak mahu menggunakan Teknologi yang
ada?


Mungkin juga masing-masing sibuk dikampung melayan sanak saudara dan
ingin berehat seketika dan melupakan hal-hal politik buat sementara
waktu atau Teknologi internet di Malaysia belum mencapai tahap yang
memuaskan,yang boleh digunakan dimana-mana,dan bermasalah bila tiba
perayaan.


Selepas Hari Raya ketiga nampaknya blog-blog kembali ceria,walaupun
belum meriah tetapi tanda-tanda kunci blog dibuka sudah ada.


Maka ini hari aku mengistiharkan "PERANG POLITIK " aku pun
bermula,pantang larang dan menghormati bulan Puasa sudah pun
berlalu,maka "MISI" penyerangan pun tiba semula.

Misi yang dimaksudkan ialah menawan DUN Bagan Pinang yang dikatakan
kebal kununnya.


Maka blogger-blogger Pakatan Rakyat dah boleh membuat misi penyerangan
hendap mulai sekarang dengan posisi masing-masing.


Kali ini para Blogger Pakatan Rakyat perlu menggunakan peluru-peluru
yang kuat bagi menembusi kubu yang kebal sebab mereka menggunakan
hampir 5,000 biji kereta perisai.


Para pejuang(blogger)perlu menawan kereta perisai itu,jika kita dapat
menawan separuh kereta perisai itu bermakna kita sudah berjaya dalam
misi ini.


Disini saya berharap para-para pejuang berani kehadapan dan berdepan
dengan musuh-musuh ini.



CUPING: berani kerana benar...
--
Sent from my mobile device

5 comments:

sebetulnya said...

sabar...sabar...cm mana engkau menghilang ekkk..memang sepilaaa blog kalau semua hilang..huhuhu.

Prof. Era Pasca said...

sodeh je bunyiknye cuping... ala ala ala ala

Anonymous said...

nasib ko la cuping..

orang sebuk beraya ko sebuk memblog.

Anonymous said...

Sampai hari raya pon nak politik? kafir ke? (Nik Aziz boleh mengkafirkan orang..)

CUPING MERAH said...

politik dalam islam tak kan putus waima hari apa sekalipun..

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template