banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Saturday 26 September 2009

KONFLIK ALI DAN ALI DAN ALI...LAGI LAGI ALI ?



Azmin Ali - Menteri Besar Selangor?
Selangor bergolak! MB Selangor, Khalid Ibrahim berhadapan dengan saingan – orang yang dikatakan mahu menuntut kerusi MB tersebut. Azmin Ali dikatakan menggerakkan satu gerakan untuk terus menghentam Khalid – masing-masing tahu tapi tidak mahu secara terbuka mengakuinya.


Keadaan tidak lagi menyebelahi Khalid – dokumen-dokumen rasuah terbongkar – yang sampai ke web sampai ke web dan yang sampai ke Gerak – sampai ke Gerak. Khalid bukan politikus – malah dikatakan melanggar perjuangan reformasi – menentang kronisme. Azmin pula licik – dengan kekukuhan wang – membeli dan mengatur strategi. Ini yang dikatakan berlaku dalam PRK.
Suara-suara mereka ada yang mengatakan bahawa usaha menjatuhkan Khalid wujud dan ini datang dari Azmin. Khalid tahu tetapi Khalid juga mempunyai dosa yang semakin lama semakin terselongkar – sedikit demi sedikit.


Namun PKR semakin keliru. Memang Khalid mempunyai banyak kelemahan sebagai ahli politik – tetapi untuk mengambil Azmin menjadi MB akan lebih mengeruhkan keadaan. Menurut satu klip audio yang di terima – memang Azmin nampak baik dengan Khalid tetapi pengakuan dibuat oleh hamba ini bahawa beliau memang membuat kerja – menyerang Khalid sebelum ini dan Azmin bertanggung jawab dalam menyokong. Petikan audio itu – Azmin memang licik, tapi aku adalah orang yang diminta melakukan – aku tahu kerana aku yang melaksanakan misi itu. Petikan audio itu datang dari salah-seorang bekas penyokong reformasi – tetapi sudah serik dengan PKR. Khabar Angin juga bertiup bahawa GERAK (Gerakan Anti Rasuah) turut menerima dokumen rasuah Khalid dan GERAK melakukan tindakan atas dasar rasuah tetapi mungkin secara tidak langsung – memberi laluan kepada Azmin untuk menjadi MB.


Azmin – dikatakan mahu MB terus diserang – terus di tekan sehingga beliau menarik diri – secara berhemat. Ini menurut salah seorang yang memberi pendapat mengatakan bahawa, Azmin mahu menjadi MB baru. Adakah mungkin – ini ada unsur-unsur kebenaran – sungguhpun Azmin akan menafikannya. www.umno-reform2.com akan mengulas isu ini lagi.

sumber dari www.umno-reform2.com 

CUPING :Dekat dekat pilihanraya ni macam-macam cerita timbul..

Klau cerita yang kat atas ni sebelum puasa itu hari aku dah dapat maklumat dari orang yang dipercayai..tapi katanya entah ia entah tidak,tapi kalau tk der angin masakan pokok bergoyang

mintak-mintak jangan ler betul perkara ini..
kalau la betul..memang Bangang!! ler pemimpin Pkr ni...

2 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah lebaran

CUPING MERAH said...

walaikum sallam pak karamu..salam lebaran juga..

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template