banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday 5 August 2009

Kedai jual arak sebelum 1990 - 86 buah, sekarang - 8 buah

KOTA BHARU, 25 Sept (Hrkh) - Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi.


Malah banyak pihak berkuasa tempatan di negeri lain datang untuk melihat dari dekat peraturan Islam yang dikuatkuasakan.

Manakala baru-baru ini seramai 32 pelajar serta dua pensyarah Falkulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Dungun mengunjungi MPKB-BRI bagi melihat dari dekat pelaksanaan peraturan tersebut.

Lawatan itu diketuai pensyarah fakulti berkenaan Nur Zaini Zainal Abidin. Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham menyampaikan taklimat mengenai perkara tersebut.

Azman berkata, peraturan-peraturan berkaitan agama Islam dilaksanakan MPKB-BRI sejak tahun 1990 selepas pentadbiran negeri diambil alih PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah.

"Antara langkah awal yang dilakukan iaitu menutup pusat perjudian seperti sport toto, nombor ekor, mengenakan peraturan iklan wanita yang berpakaian menutup aurat dan menghadkan kedai menjual minuman keras dan pelbagai lagi.

"Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang dilesenkan bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 sebanyak 86 buah," katanya.

Manakala pada 1997, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menukarkan nama Pasar Besar Buluh Kubu kepada Pasar Besar Siti Khadijah mengambil sempena nama isteri Nabi Muhammad saw yang merupakan seorang ahli perniagaan terkenal.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template