banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday 5 August 2009

Benarkah umno perjuangkan islam?

Masalah pas dan umno bukan masalahberapa bilangan masjid yang dibina,berapa bilangan sekolah agama yang dibina,bukan masalah institusi kewangan,bukan masalah beberapa pusat pengajian tinggi islam yang dibina,bukan berapa jumlah wang diperbelanjakan untuk membina lapangan terbang,lebuh raya dan lain2,bukan berapa jumlah wang yang di belanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang di belanjakan oleh umno atupun pas.


Masalah antara Umno dan Pas ialah dasar dan matlamat perjuangan yang jauh berbeza..Pas memperjuangkan agar islam menjadi akidah negara Malaysia,sama ada dari sudut pentadbiranya atau kehakimannya dan lain-lain.

Pendek kata,apa yang terkandung dalam dua khalimah syahadah itu hendaklah terlaksanadalam kehidupan individu,masyarakat dan negara.
Adapun umno sering mencabar tuntutan dua khalimah syahadah itu.Umno kelihatan melakukan solat,mengeluarkan zakat,menunaikan puasa dibulan ramadan,mengerjakan haji,menjalankan aktiviti nikah kawin mengikut islam.

Tetapi pentadbiran dan pemerintahan negara MENCABAR ALQURAN dan AL-SUNNAH.Sebab itu,dengan rasa senang hatinya,Umno yang menjadi teras kepimpinan negara,terang-terang menolak hukum allah dalam pentadbiran,kehakiman,perundangan,pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia sejak merdeka,yang di pimpin oleh Umno dan BN menghadapi masalah yang tak terhitung banyaknya.
Masalah keselamatan,jenayah,rasuah,penyalahgunaan kuasa,rompakan kecil atau besar,rompakan institusi kewangan,rompakan kaum wanita,warga emas dan kecurian di setiap detik berlaku di Negara ini.

Setelah lebih 50 tahun Umno memerintah,Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis.Umno menghapus “KUASA IMUNITI RAJA-RAJA”yang salah satu menjadi kekuatan institusi islam di malaysia.Umno membenarkan “riddah”atau murtad berleluasa.Umno juga mengamalkan budaya “hedonisme”budaya “akhlak bobrok”melalui agensi-agensi penyiarannya.
Isu penyalahgunaan dadah,isu mat rempit,isu pendatang tampa izin,isu ISA,ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh umno.Puncanya ialah tidak menghayati kandungan “LA ILAHA ILLA ALLAH”.Oleh itu,jika pemimpin umnomasih mengaku mempertuhankan ALLAH,menabikan MUHAMMAD S.A.W,kenapa Umno boleh sembahyang mengikut ajaran islam,mengapa tidak boleh mengikut islam dalam memerintah Negara?Adakah Umno mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid,di United Kingdom ada masjid,di Amerika Syarikat ada masjid,di China ada masjid,di Singapura ada masjid,di Jerman pun ada masjid.Namun, pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran Islam.Oleh kerana itu,status kedudukan pemimpin di negara barat dan Timur yang Sekular,sama dengan kedudukan pemimpin umno di Malaysia ini.

Oleh kerana itu,saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini,supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh Pemimpin Umno khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin katika berkempen di Manik Urai tentang Umno membela islam dan menegakkan syiar islam.

Sewaktu Muhyidin menjadi Menteri Besar Johor,beliau mengubah cuti Am pada hari Jumaat kepada hari Ahad,sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani.Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO MENCABAR ALQURAN.Antaranya,al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada ARAK,JUDI,BERHALA,TENUNG NASIB,tetapi Umno yang memimpin Malaysia MENGELUARKAN LESEN ARAK,MEMBERI LESEN JUDI.

Jika sekiranya masih wujud benih-benih iman dalam hati pemimpin Umno,saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiring dengan mereka supaya bertaubat dan kembali ke jalan Allah itu,Dewan Ulama Pas Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template