Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, 4 August 2009

KALAU AKU DIBERI PILIHAN.. AKU PILIH ABG MAT

kalaulah aku diberi pilihan untuk memilih calon bagi dun Permatang Pasir tentulah aku memilih Abg Mat Sabu...diatas keberanian beliau menentang kezaliman yang tiada erti berundur...

kita ikuti pergerakkan dalam politik beliau

Penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh MCA.

BERSIH

Perhimpunan BERSIH yang berlangsung pada 10 November 2007, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH).

3 comments:

ijoks2009 said...

Abang Mat yang ku sanjungngi semoga berjaya di permatang pasir.Allahuakbar..
Cuping,tolong bagi komen sikit cerpen pertama aku ni,keh keh keh.kisah kuda daaa..
http://ijoks2009.blogspot.com/2009/08/kisah-kuda.html

Anonymous said...

kah..kah..kah..
mat khalwat.. xdak calon lain ka?

CUPING MERAH said...

TK DE HAL KO TUDUH DIA MAT KHALWAT..

TAPI CALON YANG KO PILIH LAGI DASYAT..

PERASUAH
PEJUDI
TOLAK ISLAM
DAN BANYAK LAI MALEH DEN NK SOBUT

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template