Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, 9 June 2009

Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO : Hadi dan Nasya Perlu Wala Kepada Mursyidul Am -green boc


Penat menampal poster Semangat 46 dan Tengku Razaleigh semasa suasana pilihanraya umum 1990 belum hilang sampai ke hari ini. Masih terasa lagi lelahnya. Tetapi oleh kerana kami telah ditarbiah supaya wala’ pada pemimpim, patuh kepada naqib, maka segala apa sahaja yang diarahkan oleh naqib kami laksanakan, dan laksanakan dengan bersungguh sungguh.

Tradisi ini, metod ini masih kekal lagi dalam PAS. Setiap ahli PAS diusrahkan. Dalam usrah kami ditarbiyahkan, dan dengan itu pegangan dan kepatuhan serta ketaatan kami kepada Islam, kepada parti dan kepada pemimpin cukup mantap.

Top top selepas pilihanraya 1995, Tengku Razaleigh mencanangkan perpaduan Melayu. Ahmad Shabery Cheek juga turut berkokok tentang perpaduan Melayu. Akhirnya mereka masuk UMNO. Kami penampal poster, tetap dengan PAS kami.

Tengku Razaleigh boleh rayu orang supaya mengikutnya memperkukuh perpaduan Melayu, tetapi kami tetap dengan apa yang diterbiyah oleh naqib. Kekal dan terus bersemangat dengan PAS.

Kalau kumpulan usrah itu ada naqib, maka kumpulan dalam parti juga ada naqibnya. Naqib PAS ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jawatan ini dikenali sebagai mursyid ul ‘am. Apabila Nasharudin Mat Isa celupar mulut memperlekeh mursyidul ‘am, maka beliau telah menghiris hati sejuta ahli PAS. Seperti Tengku Razaleigh yang apabila bercakap ada echo yang datangnya daripada Shabery, maka Nasharudin juga ada pak turut lebih laser menghentam naqib PAS. Baca di sini.

Para ulama dan ustaz dan pemimpin sibuk menyuruh ahli ahli wala’ kepada pemimpim. Taat kepada pemimpin. Wala’ kepada naqib. Taat kepada Naqib. Tetapi adakah arahan tersebut hanya terpakai untuk si penampal poster? Si penyandang jawatan tinggi terkecuali ke?

Dalam organisasi PAS, seluruh ahli, seluruh pemegang jawatan, seluruh pemimpin ada naqib mereka. Mereka hendaklah taat kepada naqib ini. Naqib mereka ialah mursyid ul ‘am. Hendaklah mereka wala’ kepada naqib ini.

Semuanya mestilah patuh.
Termasuk timbalan presiden.
Termasuk presiden.

- Prof Dr. Hamirdin

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template