Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Thursday, 4 October 2012

Rapid Pengerang hanya perkayakan kocek kroni - Dato Chua

Projek petrokimia Pengerang Johor hanya helah untuk pengambilan tanah secara besar-besaran oleh Menteri Besar Datuk Ghani Othman bagi memperkayakan kroni, dakwa Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng.

Bekas menteri kabinet itu mendakwa, projek Rapid Pengerang pada asalnya dicadangkan di Selangor tahun lalu dengan permohonan tanah 2.889 ekar, tetapi Petronas kemudiannya memohon 6,400 ekar tanah di Johor.

Bagaimanapun, pengambilan tanah yang diperlukan diambil secara berperingkat dan akan berakhir dengan 22.500 ekar tanah, dakwa pengerusi PKR Johor itu lagi.

"Ini menunjukkan hasrat Ghani Othman bagi mendapatkan tanah yang luas dengan murah," dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"Ia dilakukan dengan membeli pada harga rendah dan menjual murah kepada kroni. Kroni kemudiannya akan menukar jenis tanah daripada pertanian kepada pembangunan, dan menaikkan harganya 1,000 peratus atau lebih."



0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template