banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Thursday 1 March 2012

Punya la miskin Negeri Kelantan- Aduka Taruna pi kerja kena berenang...

KOTA BHARU, 8 Rabi ul awal 1433: Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan 4.8 iaitu lebih rendah berbanding Perlis (6.0), Kedah (5.3) dan Sarawak (5.3).
Bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu 19.2.
Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.
Ahli Dewan Undanga Negeri Mengkebang, YB Ustaz Haji Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) berkata, sekiranya dibuat perbandingan, nyata sekali Kelantan bukannya negeri termiskin.
“Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya.
“Atau sememangnya Dato’ Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini,” katanya di sini.
Ketika berucap merasmikan Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Lahad Datu di Sabah pada 18 Februari lalu Perdana Menteri menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.
Abdul Latif yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan NGOberkata, Pengarah Sektor Pembangunan Manusia Bank Dunia (Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jimenez turut mengesahkan Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.
Katanya, kenyataan itu dibuat berdasar kepada kajian yang dibuat dan pada pengamatannya Sabah dijangka terus kekal sedemikian dalam tempoh agak lama berdasar perkembangan ekonominya sekarang.
Menurut beliau fakta tersebut bukan bertujuan menghina Sabah, sebaliknya pelbagai masalah melanda negeri itu termasuk kebanjiran warga asing di bawah kerajaan BN sekarang.
Selain itu skandal pemberian kad pengenalan dikatakan begitu berleluasa sekali.
“Rakyat Kelantan tidak boleh menerima penghinaan seorang Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan tanpa berasaskan kepada fakta.
“Apakah lawatan Datuk Seri Najib ke Kelantan pada 2 Mac ini cuba mengulangi penghinaan serupa,” katanya.
Menurutnya tidak wajar sama sekali seorang Perdana Menteri melontarkan penghinaan sebegini kepada sebuah negeri yang termaktub dalam perlembagaan berada di bawah persekutuan Malaysia.
Kata Abdul Latif juga kerajaan BN meninggalkan pentadbiran Kelantan pada 1990 dengan hutang sebanyak RM700 juta. Selain itu dinafikan pelbagai hak termasuk royalti minyak.
“Kami menuntut agar Perdana Menteri menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan di atas penghinaan tersebut,” ujarnya.


NIAT GUA TU HARI IKUT MEMBER GUA PI KELANTAN NAK SANTAI NAK RELEKS RELEKS
TAPI HAMPEH!! GUA INGAT KOTA BHARU MEMBANGUN RUPANYA MASIH LAGI PENUH DENGAN HUTAN RIMBA..KAH KAH KAH KAH
KORANG BAYANGKAN GUA NAK MASUK BANDAR KOTA BHARU TERPAKSA GUA BAWAK SATU PARANG PANJANG UNTUK TEBAS SEMAK SAMUN MENUJU  JALAN  KE BANDAR KOTA BHARU...HAMMPEHH!!..KAH KAH KAH KAH

TADI STORY NAK MASUK BANDAR KOTA BHARU...SATU HAL LA
INI DUK DALAM BANDAR KOTA BHARU...MAK AIII KENA SELAK LALANG NAK TENGOK ORANG LALU LALANG..HAMPEHH!!

UNTUK MEYAKINKAN KORANG DENGAN CERITA GUA TADI..
NI GUA ADA TAKE PHOTO (AMBIK GAMBAR LA)
SEBAGAI BUKTI UNTUK MENYOKONG CERITA GUA NI..KAH KAH KAH

Paling dasyat ialah bila gua nak pi tempat Aduka Taruna berkerja... kah kah kah...kena berenang woooo!!


0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template