AMIN:Wsalam Mad,
Ahmad: Apa citer student KUIN kena gantung?
AMIN: Diorang buat demo.
Ahmad: Ko rasa patut tak mereka tu dikenakan gantung.
AMIN: Tak patut.
Ahmad: Kenapa Ko cakap tak patut, demo tu sendiri atas isu yang salah, atas isu yang tak betul?
AMIN: Sebab AUKU seksyen 15 tu sendiri zalim, menyekat hak kebebasan bersuara, menyekat hak kebebasan berhimpun.
Ahmad: Habis nak bagi diorang buat fitnah free-free macam tu je?
AMIN: Kalau fakta depa salah Saman la.. Apsal nak guna AUKU guna la akta FITNAH 1957 ke, apa ke?
Ahmad: Guna AUKU la senang.
AMIN: Kan kita dah dapat taklimat AUKU Seksyen 15 ni zalim, melanggar hak asasi manusia, melanggar hak kebebasan bersuara.
Ahmad: Aku tak faham lagi ni?
AMIN: Anggapla kau ni bukan pelajar, kau ni peneroka Felda, Kau bengang dengan ISA SAMAD, macam2 dia buat untuk merosakkan Felda pada pandangan kau la, kau rasa kau akan dikenakan AUKU tak?
Ahmad: Apasal pulak nak kena AUKU, aku bukan pelajar. Aku peneroka.
AMIN: Ha.. Sebab tu la aku kata, AUKU ni zalim, menindas, menyekat hak kebebasan bersuara. Kenapa bila kau student kau buat demo kau dikenakan AUKU, kenapa orang biasa demo, berhimpun tak dikenakan AUKU. Ko nampak tak. Kau warga negara Malaysia ma... kenapa ada undang2 khas dan berbeza dengan golongan2 tertentu.
Ahmad: Depa buat demo tu pun isu yang salah..
AMIN: Demo isu yang salah apakah patut dikenakan AUKU?..
Ahmad: Patut la, sebab depa demo isu yang salah.
AMIN: Kalau kau bukan student, kau peneroka, kau demo ISA SAMAD isu yang salah, tak betul pun isu yang kau demo kau tu, kau kena AUKU tak?
Ahmad: Tak kena, sebab aku bukan student.
AMIN: itu la pasal, kenapa nak ada akta yang berbeza. Kalau kau student kau kena AUKU, kalau kau bukan student kau tak kena AUKU. Kalau ayah kau datang demo pasal KUIN sebab kelas kau tak cukup, ayah kau kena AUKU tak?
Ahmad: Tak kena, ayah aku bukan student.
AMIN: Walaupun ayah kau demo atas isu yang salah?
Ahmad: Ya, walaupun ayah aku demo atas isu yang salah. Ayah aku tetap tak kena AUKU.
AMIN: Aku nak tanya ko la kan, kalau student KUIN pergi demo BERSIH, Azizan sokong tak kau dikenakan Auku oleh KUIN?
Ahmad: Manala aku tau, kena tanya Azizan la tu?
Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.
Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera.
Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :
1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.
0 comments:
Post a Comment