banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday 10 January 2012

Nasihat gua pada Tan Sri Khalid..lu pecat jer Hassan Akidah tu

Gua tertunggu-tunggu bila Hassan Akidah nak letak jawata secara sukarela dan  terhormat lagi dihormati..ha ha ha
Khalid Ibrahim mempunyai kuasa untuk memecat Hassan Akidah daripada exco selangor kalau dia inginkan tetapi atas sebab-sebab tak mau "member terasa" jadi Khalid memberi pilihan supaya Hassan meletak jawatan dengan sukarela..

Seperti yg gua duga,Hassan Akidah ni memang keras kepala,tak dapat dinasihati dengan baik..kononnya dia adalah orang cerdik pandai dan beliau tak perlukan nasihat daripada sesiapa..

Pemecatan hassan Akidah dari Pas adalah bertujuan bagi memberi Hassan Akidah berfikir,adakah benar jalan yg dia bawak dan hassan akidah diberi peluang untuk merayu..tetapi apa yg gua nampak,tk ada pon kesan-kesan yg Hassan Akidah ni rasa bersalah,sebaliknya Anwar disalahkan..

Bagi pandangan gua Hassan Akidah tidak akan membuat rayuan dan tidak akan melepaskan jawatan exco yg disandangnya melainkan dia digugurkan..Hassan Akidah lebih seronok beliau digugurkan daripada sendiri melepaskan jawatan..kerana klau digugurkan lebih nampak "hero" daripada sendiri melepaskan jawatan.






KUALA LUMPUR, 9 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan  jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.

Khalid  dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Katanya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.



0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template