banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday 18 January 2012

Jangan terkejut kalau Dr Abdul Rani Osman tidak dilantik Exco

 MAU KE HASSAN ALI BUAT MACAM NI..?
RUPANYA DARI AWAL LAGI Dr Abdul Rani Osman MENOLAK PERLANTIKAN EXCO SELANGOR..

SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai pengganti Hasan daripada pimpinan tertinggi Pas pusat mengenai pengganti Hasan ketika ini.

Menurutnya, beliau sendiri berharap namanya tidak dicalonkan dan mahu orang lain dari pimpinan Pas Selangor mengisi kekosongan jawatan Exco tersebut.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan menerima dan menyokong sebarang keputusan pimpinan parti itu untuk melantik mana-mana pemimpin termasuklah beliau sendiri.

“Lagi elok sekiranya orang lain yang dicalonkan untuk jawatan itu, saya khuatir dengan beban dan tanggungjawab sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri itu tidak mampu saya pikul.

“Namun, itu semua terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi Pas Pusat, kami di peringkat Pas Negeri hanya menerima apa jua keputusan,” katanya kepada Sinar Harian



0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template