(A) Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pihak pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah mengkaji semula tindakan menggantung pengajian lima pelajarnya kelmarin.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketuanya Nasruddin Hassan berkata terdapat cara yang lebih baik bagi menyelesaikan perkara itu dan selain hukuman menggantung pengajian.
“Tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sebaliknya menjejaskan masa depan mereka. Bertindaklah dengan hikmah dan lunak.
“Gantung mahasiswa menjejaskan masa depan pengajian mereka. Mereka perlu didikan dan bimbingan bukan tindakan keras seperti itu,” tambahnya.
(B) Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.
Jelas Azizan, isu sama ada KUIN melaksanakan AUKU ke atas
mahasiswa yang melakukan kesalahan bukan isu besar sebaliknya ia
boleh diselesaikan secara baik.
Beliau berkata penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu
dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU menambah pengurusan
pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang
sedia ada.
"Tindakan dibuat kerana kelima-lima mahasiswa ini
melakukan kesalahan dan hukuman dibuat mengikut undang-undang sedia ada,
jadi tidak timbul sama ada kerajaan negeri Kedah tidak seiiring dengan
kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu memansuhkan AUKU.
"KUIN adalah di bawah tanggungjawab penuh kerajaan negeri
Kedah, keputusan penggantungan dibuat pentadbiran KUIN...dan saya
tidak campur tangan sangat dalam hal ini," katanya
(C) Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bercadang
untuk membawa isu tersebut ke Muktamar PAS Ke-57 pada 4 dan 5 Jun ini,
untuk dibahaskan oleh para perwakilan.
Cadangan tersebut dibuat dengan membawanya menerusi perwakilan untuk
membolehkan para pemimpin PAS campurtangan bagi menyelesaikan isu itu
yang kini telah menjadi semakin rumit.
Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Che Ab Razab menjelaskan, dengan membawa isu tersebut ke muktamar, pihaknya berharap agar ia akan menjadi salah satu isu utama untuk dibahaskan bagi membolehkan semua pihak mendapatkan penjelasan mengenainya.
Menurut beliau, lanjutan dari itu, ia diharap akan membawa kepada satu penyelesaian yang baik terhadap isu tersebut, setelah ia menuju kepada kemuncak tindakan, dengan tindakan tatatertib yang membawa kepada penggantungan pengajian ke atas 6 orang pelajar KUIN

0 comments:
Post a Comment