banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday 25 January 2012

Bagi ruang Hassan Ali untuk berceramah -Datuk Ahmad Maslan

Sebelum Hassan Ali patuk balik Umno...meh Umno pakat-pakat jemput dia berceramah kah kah kah... moga dengan Anjuran Umno untuk mengata dan memfitnah pemimpin Pkr maka bertambah la pahala Hassan Ali....

Hassan Ali tak perlu bimbang ..Pemimpin Umno akan memberi secukup-cukupnya pahala kah kah kah kah..

KUALA LANGAT 23 Jan. - Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN tidak perlu gentar untuk menjemput bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu, kerana beliau bukan lagi ahli mana-mana parti pembangkang.
"Hasan dipecat daripada Pas, maka beliau kini bebas untuk berceramah di mana-mana sahaja dan UMNO mengalu-alukan jika beliau ingin turun ke Kuala Langat.
"Apa yang pasti, beliau akan berceramah atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di hadapan 2,000 ahli BN sempena Majlis Penerangan Perdana Parlimen Kuala Langat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jugra, Banting di sini semalam.
"Rakyat perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kerajaan negeri selama ini sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas dan seterusnya sebagai ahli Pas dan Pengerusi yang menjaga hal ehwal agama Islam," katanya

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template