Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Sunday, 8 January 2012

Azmin Ali dingatkan jangan nak ajar orang tua



SHAH ALAM – Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuri urusan parti lain.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.

Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.

“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya. 

"Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Azmin mendesak kepimpinan Pas supaya bertindak terhadap Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor kerana didakwa celupar mengkritik kempen Bebaskan Anwar 901.

Azmin menggesa Pas mengambil tindakan keras terhadap Hasan kerana kenyataannya melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan Hasan dikatakan tidak sewajarnya berkata demikian.




*Azmin Ali cuba jnguk-jenguk abg sham ketot senyap jer..tk turun demo ke..

2 comments:

sejahtera said...

haha...hassan ali sibuk hal pkr tak apa lak...tak dikira campur hal parti lain kew....sudah2 la pemimpin yg syg sgt kat hasan ali tu...

kampong lad said...

utk pas: apa beza sampah baru dgn sampah lama?
utk azmin mangkok ayon: is pkr 'flawless'?

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template