banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Saturday 17 December 2011

kadang-kadang kita terlupa pesan nabi..

Dalam Islam terdapat hari-hari tertentu yang dibolehkan untuk memotong kuku iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat Hari-hari lain tidak digalakkan kerana akan menyekat rezeki, mendatangkan penyakit dan mendatangkan masalah-masalah yang tidak menyenangkan. 

Rasulullah saw bersabda yag bermaksud; 
'Barang siapa mengerat kuku pada hari:- 

Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. 

Ahad - Nescaya keluar daripada kekayaan dan masuk kemiskinan. 

Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk penyakit. 

Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit. 

Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepapaan. 
Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. 

Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat Allah. Tukaran hari bermula waktu Magrib dan bukan 1200 tengahmalam dalam kalendar Islam. 

CARA MEMOTONG KUKU YANG BAIK MENURUT IMAM AL-GHAZALI 
Mulakan memotong kuku dari jari-jari di sebelah tangan kanan .Mulakan memotong kuku di jari telunjuk (bahagian kanan). 

Seterusnya jari hantu atau jari tengah, jari manis dan akhir sekali jari 
kelingking atau jari anak. 

Tinggalkan dahulu ibu jari tangan kanan dan beralih kepada tangan kiri. 
Mulakan dengan memotong kuku dari kelingking,jari manis, jari hantu dan jari telunjuk. 

Seterusnya ibu jari di tangan kanan dan akhir sekali ibu jari tangan kiri. 
Semoga pedoman ini dapat di manfaatkan oleh setiap umat Islam.




0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template