Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, 13 September 2011

PERBETULKAN SEJARAH KEMERDEKAAN





Ramai rakyat yang tahu, tarikh hari kemerdekaan ialah 31 Ogos 1957 dan sambut setiap tahun.

Tetapi ramai rakyat yang tidak tahu sejarah kemerdekaan sebenar.

Kita mengharapkan konsep kemerdekaan dapat di perbetulkan dalam pemikiran rakyat Malaysia dengan adanya penulisan semula sejarah kemerdekaan.

Sejarah kemerdekaan perlu diperbetulkan khususnya dalam pengajian sejarah di institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah.

Kita mengharapkan sebagai pengisian kemerdekaan,penonton tidak hanya sekadar di hidangkan dengan filem-filem seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong yang disiarkan saban tahun.

Tiada siapa pun yang berminat untuk membuat filem mengenai pejuang kemerdekaan yang sebenar seperti Ahmad Boestaman,Abu Bakar Bakir,Mat Kilau,Dr Burhanuddin Al Helmy dan Samsiah Fakeh.

Dan jika adapun yang membuat filem seperti ini,barangkali Lembaga Penapisan Filem akan mengharamkan filem-filem mengenai pejuang ini kerana mereka yang terlibat dalam penapisan filem ini dikalangan orang-orang Umno.

Kita bersyukur kepada Allah di atas kemerdekaan tersebut walaupun sejarah kemerdekaan tersebut banyak diselewengkan.

Apabila menjelang kemerdekaan, nama Tunku Abdul Rahman disebut sebagai bapa kemerdekaan.

Memang kita mengakui Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak mengambil alih kemerdekaan.

Kita bukan hendak menafikan sumbangan mereka,tetapi mereka bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Sukar bagi PAS untuk memperbetulkan sejarah kemerdekaan selagi PAS belum menaungi kerajaan pusat.

Sejak ditubuhkan 58 tahun lalu,PAS sentiasa mencari jalan untuk memperkenalkan parti dan jemaah kepada seluruh masyarakat.

Dr Mahathir pernah menyebut PAS lebih bahaya daripada komunis.

Dato Onn pula pernah menyatakan antara dua gunung,iaitu Gunung Komunis dan Gunung Semanggol,Gunung Semanggol lebih bahaya.

Di Gunung Semanggol inilah lahirnya pergerakan Islam Hizbul Muslimin.

Pelbagai lebel buruk diberi, terutama label PAS kepada bukan Islam sekiranya mereka memberi sokongan kepada PAS.

Biro Tatanegara memainkan peranan menghambarkan betapa busuknya Negara jika Umno tidak memerintah selepas merdeka.

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template