banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Friday 15 April 2011

341 ahli PBB sertai PAS di Sadong Jaya

Harakahdaily

SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS.


Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.

Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh ketua penaja cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.

Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.(gambar bawah)

Ketika ditemui pada majlis itu, beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.

Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat.

PAS meletakkan Ketua Pemuda Sarawak, Abang Eddy Abang Fauzi (gambar atas), 34, di Dun ini. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun kalah.

2 comments:

Unknown said...

ramai tu,walaupun pas tak dapat menang walau satu kerusipun kat sarawak,yang penting sudah dapat memperkenalkan pas pada orang sarawak dah kira ok dah.satu permulaan yang baik untuk dakwah islam.

Tidak ada istilah putus asa dalam dakwah selagi matlamatnya ikhlas kerana Allah bukan mengharapkan benda,nabi Nuh berdakwah hampir 1000 tahun pengikutnya tak sampai 500 orang.

CUPING MERAH said...

mula2 iklan pastu jual produk pastu bukak kilang ha..ha..ha

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template