banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Thursday 22 July 2010

lagi ada yang kata mufti bohong






Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

"Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

"Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

"Saya berkayakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang "terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu".

"Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka," katanya

3 comments:

ahmadrazmie said...

Mr Bean buat lawak la..

meh gelak kan dia ramai2..

Kah kah kah kah kah kah kah..

Anonymous said...

Lawak apa ke benda nyer bila UMNO dah nazak tahap gaban...UMNO asyik nak usha PAS jer...ada hati nak usha PAS. Boleh jalan lah weiii.

"Hanya bontot sifool menjadi talian hayat terakhir UMNO laknatullah"

CUPING MERAH said...

balaci umno tak rasa apa pun kesannya sekarang tetapi pemimpin2 umno dah gelabah tk tentu hala..kih..kih.kih

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template