banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Friday 2 July 2010

ade ke peranan ulama dalam umno?


Isu penyertaan 40 Ulama menyertai Umno tidak akan memberi apa-apa kesan dan mafaat kepada parti itu.malah peranan mereka juga dihadkan.


Berkemungkinan juga Umno akan menubuhkan Dewan Ulama bagi mengheret golongan agama ke dalam parti berkenaan itu.

Tubuhlah Dewan Ulama atau apa jua bahagian agama dalam Umno kerana Ulama dalam Umno tiada apa-apa peranan malah ianya akan dihadkan dan tidak akan memberi faedah kepada Ulama itu sendiri.

Sebaliknya keuntungan itu akan diperolehi oleh parti Umno jika ia dapat memperkudakan ulama berkenaan.

Tambah lagi kalau Ulama itu sendiri sanggup menjual agama demi mempertahankan parti Umno sekular itu.

Kita percaya bahawa ini adalah satu strategi atau gimik politik untuk menarik pengundi khususnya orang melayu islam untuk menyokong parti Umno sebagai persiapan untuk menghadapi Piliharaya yang akan datang.

Malah kita melihat Umno kini semakin terdesak dengan pelbagai masalah sehingga memaksa mereka meraih sokongan Ulama seterusnya mempelawa mereka menyertai parti itu.



CUPING : Jangan jadi.."Ulamak til pulus supidunia wal mampos to di akhirah."

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template