Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Friday, 20 November 2009

ANAK BILIS JUGAK JADI MANGSA



6 pemuda Umno Kota Tinggi ditahan disyaki rasuah



 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah.


Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.


Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.


Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.


Difahamkan kesemua suspek kini disoal siasat di ibu pejabat SPRM negeri.


Pengarah SPRM negeri Simi Abdul Ghani enggan memberi komen berhubung tangkapan itu.


Ketua Umno bahagian Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata biarlah SPRM menyiasat perkara itu. - Bernama

BAPAK-BAPAKNYA BILA NAK SIASAT?

5 comments:

GOMO said...

Apa yang Gomo ingin sampaikan di sini bukanlah cerita palsu atau pun rekaan, namun ianya memang benar telah terjadi. Gomo bukan hendak menceritakan akan Gambar Nik Ajis yang tergantung di dinding dinding rumah tapi menceritakan akan sebuah kisah Glamour yang Nik Ajis cari dalam memasyurkan dirinya. http://www.papagomo.com/2009/11/sayuti-omar-mso-pernah-ditawar-balak.html

ijoks2009 said...

Ini Cerpen ketiga saya dlm blog.jangan lupa baca dan bagi komen.
http://ijoks2009.blogspot.com/2009/11/jongos-ketua-serigala.html

Isa said...

Bro,

Apasal bila aku baca tajuk n3 ni, aku akan baca Anak Iblis bukannya Anak Bilis.

Pasai apa... ha...?

CUPING MERAH said...

tu petanda ko nmpak terang dan jelas..

Akutaula said...

dlam umno cma ada 3 jerung pakasa, ikan bilis dan kari kambing hitam nk buat lauk. tul tk ?

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template