banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Thursday 8 October 2009

PAKATAN RAKYAT AKAN MENGAMBIL ALIH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DALAM MASA TERDEKAT JIKA MENANG PRK BAGAN PINANG




PARIS, 8 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan, daripada saiz majoriti kemenangan.


"Usah kata menang besar atau kecil, asalkan menang. Yang penting menang," katanya kepada wartawan yang membuat liputan lawatan rasmi empat harinya ke Perancis yang berakhir pada Rabu.


Beliau berkata BN perlu bekerja bersungguh-sungguh dan menjalankan kempen yang berkesan agar mesej diterima pengundi untuk membolehkan keputusan memihak kepada BN.

Mengapa najib perlu menang di Bagang Pinang ?


Hayat Umno untuk memerintah Negeri Sembilan bergantung kepada dun Bagan Pinang kerana disinilah satu2nya Dun yang mempunyai undi Pos yang banyak..dan harapan besar untuk kemenangan hanya disini



kenapa boleh jadi begitu?


Kerana selepas ini ada lagi pilihan raya kecil yang akan berlaku di Dun Negeri Sembilan,ini kerana ada tiga kes yang menyebabkab kerusi Dun ini mesti dikosongkan.


Kenapa perlu dikosongkan?


1.Seorang wakil rakyat kawasan Lengging telah didakwa atas kesalahan rasuah,kerana menerima sogokkan daripada Kontraktor.

2.Seorang lagi bukti yang diperolehi dari SPRM bahawa wakil rakyat ini telah terbabit dengan Rasuah dengan membeli undi setiap Perwakilan rm 1000 untuk wakil rakyat ini naik menjadi Ketua Bahagian.

3.Seorang wakil rakyat daripada Johol telah menghantar surat perletakkan jawatan kerana mengidap penyakit Kanser dan beliau tidak boleh lagi menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.


Dalam Pilihan Raya Umum yang ke 12 lalu,BN memenangi 21 kerusi Dun dan Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi Dun.


Datuk Najib tidak yakin yang BN boleh memenangi ketiga-tiga kerusi tersebut jika dikosongkan,harapannya hanyalah pada PRK Bagan Pinang sebagai penentuan.Kemenangan perlu walaupun satu undi.


Nampaknya UBN sudah berada tahap nyawa-nyawa ikan di Negeri Sembilan.



CUPING : Matikan terus ikan-ikan tu ,buat lauk masak gulai...

0 comments:

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template