banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Monday 12 October 2009

MENGAPO PAS KALAH PRK KALI INI

Peeh!! penat baru balik dari Bagan Pinang,nak tulis cerita pun tak dak semangat
tapi aku tulis gak sikit untuk kenkawan tahu, kenapa Pas kalah dalam PRK kali ini.


Kalau nak diulas betul-betul panjang lebar ni...cukup takat didih je la ya..
Hari Sabtu kul 12.00 pm aku bergerak ke Bagan Pinang demi menyahut seruan DPP yang meminta semua pemuda Pas di seluruh Negara turun membantu,akibat dari tekanan dan provokasi yang dilakukan oleh penyokong dan petugas Umno.

Aku turun bukan sebagai blogger tetapi turun sebagai pejuang berani mati..kah..kah..kah
lebih kurang pukul 4.00 pm aku sampai ke destinasi yang dituju..Port aku ialah di Batu 6 3/4(suku) Jln Pantai PD.

Kebanyakan tempat disini dipanggil Jln Batu 1,2,3,4,5,6,7,8,9,semua mesti ada suku dibelakang,patutlah calon pas kalah..kebanyakan yang mengundi Isa Samad adalah dari kalangan orang 3 suku.


Aku melihat suasana di sini agak meriah gak..mula-mula aku port kat Yasir Said(juara cubprix asia) membuat pertunjukkan cara menunggang dan menekan brek depan belakang dengan betul...
sesiapa pada hari itu yang membawa motosikal,mereka boleh mendapat minyak pelincir percuma dan ada pertandingan menunggang motorsikal paling perlahan.


Pas tu aku Port kat tepi jalan tengok bebudak meraih undi,sapa sokong bunyikan hon..boleh tahan gak sambutan daripada penguna jalan raya yang lalu kat situ...perghh!! Pas boleh menang ni!


Aku kat sini menumpang geng-geng che gu Bad,dia sewa kondo kat situ..Jadi bolehlah aku numpang mandi dan tidur kat situ.(kondomaniam).

Kul 9.00 mlm aku turun balik untuk cari port yang bagus-bagus,dimana hari terakhir berkempen mesti banyak ceramah,tapi..kemana aku nak tuju pun aku tak tau.Aku datang pun ikut kereta member jadi segala gerak aku adalah terhad.


Peraih undi ditepi jalan agak meriah gak..dengan bunyi hon-hon pun kekadang memekakkan telinga aku jer..
Aku dapat maklumat bahawa anwar akan datang berceramah di Jln batu 8 dalam pukul 11.00 mlm,tak terfikir pulak siapa yang berceramah sebelum Anwar..aku ingatkan ceramah Anwar jer..tu yang tk ambil port untuk pergi awal ke Jln Batu 8.


Apa nak buat pun aku tak tau.."ahh!! jom pegi makan sementara menantikan Datuk Sri datang" ajak aku 
Kami gerak cari kedai makan,jumpa la satu kedai kat mana pun aku tak tau,yang aku tau berdepan dengan stesen minyak Mobil..
sambil menunggu order sampai terbaca la pulak pada papan nama Mobil tu yang kat bawahnya tertulis..'Easi pay 'apo makno den pun tak tau,melayu ko orang putih...tol-tol sini banyak yang 3 suku.


Dah jadi panjang pulak eh cito kasi shortcut sikit,lepas makan kami pi tempat ceramah Batu 8,ruponya ramai penceramah yang datang..den ingat Datuk Sri yo yang datang ruponya ramai eh! mahfuz,saifuddin,khalid ibrahim dan penyanyi seperti yassin,ringgo dan artis dari kumpulan gamma den lupo namonyo.Teraso rugi la pulak kerana datang lambek,tapi takpo takder rezeki nk wat camner.

Dalam kul 11.45 Fru dah mai,cepat betul no..tapi dia tak kacau sebab belum pukul 12.00 mlm.Ceramah habis jam 12.00 mlm..dan intai-intai kut terjumpo dengan topeng perak ko..ramai blogger kat situ tapi den tak kenal..alih-alih jumpa ngan pemimpin kito Mahfuz Omar,apo lai den terus bergambar dengan dio..


Pukul? dah lupo den balik dekat Port asal iaitu di Batu 6 suku..masih meriah dengan peraih-peraih undi..
nak dimulokan citor, jam?lupo lai..lebih kuarang pukul 1.00 pagi la agaknya,ada sekumpulan mat rempit Umno cuba membuat onar dikawasan kami bertapak,apo lai budak-budak kami membuat sergahan beramai-ramai..ruponya pengecut mat-mat rempit itu lari lintang pukang sampai ada yang terlanggar sesama sendiri sehingga menyebabkan kemalangan kecil.


 salah sorang budak rempit yang terjatuh motor tadi..rupanya ada bawak pisau sekali, dimana bila dia bangun pisaunya terjatuh diatas jalan...ooo!! rupanya mereka sudah ada niat menyerang kami menggunakan senjata tajam.


Bila bebudak kami nampak pisau ..apa lagi nak tunggu,kasi pijak la..nasib baik abg polis ada lalu kat situ..jadi sebelum kami lanyak dengan teruk lebih baik abg polis ambik budak ni bawak balai..dan tunjukkan bukti yang budak ni bawak senjata tajam..


Laaa..ingatkan abg polis nk tangkap budak ni rupanya tidak cilako betui.! pastu ader la geng kita gi ngadu kat 'kepala' kitaorang,
jadi 'kepala' tu dengan gagahnya berjumpa dengan abg polis tu..."kenapa tk tangkap budak yang bawak pisau tu tadi"kata kepala. Jawab Abg polis "mana ada pisau!!..cess! banyak celaka ini polis.dalam bertengkar dengan abg polis tu...datang lagi abg polis dalam 5 orang,ok settle kerja, budak tu lepas pertengkaran habis..


Lebih kurang setengah jam,ingatkan tkder hal dah dah..rupanya datang lagi geng mat rempit ni dalam 150 orang yang tak berpuas hati dengan kami kerana salah sorang dari mereka tadi kena pijak,mereka bersenjatakan kayu,
"woii!! mereka datang hendak serang"kata budak bahagia hujung jalan.


Dan geng-geng kami tidak fikir panjang terus mencapai apa yang ada,termasuk kayu-kayu bendera kami patahkan untuk jadikan senjata..kami tkkan lari sebab kami pejuang..


Alamak!! mana datang pulak polis ni tetiba jer ramai..aiseh!! tak jadi ler ni..
polis-polis ini membuat sekatan bagi penyerang Umno tidak melepasi kawasan kami..
Cehh!! tak sampai 5 minit FRU pulak sampai..

Mereka(fru) turun dari terak terus berteriak HAIIT!!!bunyi camtu la...apa dia sebut aku tak tau,yang den poliknyo kenapa fru haiit!!haiitt!! dan mara ketempat kami?sedangkan kami berkumpul di kawasan kami,yang geng Umno datang dari jauh tk nk dihalaunya ..
jap ajo den tengok DPP NASRUDDIN HASSAN TANTAWI  sampai untuk mententeramkan keadaan untuk anak buahnya.

Dapat lai den begambor dongan dio...bukan senang bro.


maka terhenti dulu untuk cerita di Batu 6 suku...ada sambungan untuk cerita batu 7 suku pulak..

GAMBAR AKAN DIMASUKKAN KEMUDIAN...SABARRRR!!

4 comments:

Unknown said...

Dah kalah tu sudah lah..nak cacai apa lagi..YB yang dipilih sila buat kerja..
Hase-tantahi ketua ajak jihad ye..jihad ada macam2 tu..mai jihad ilmu kat bgn pinang ye..jahil dan bebal hase-tantahi nih..
Yang pastinya syukur kerana kemenangan bagi pihak Islam Sunah wal jamaah menentang Gabungan puak wahabi/syiah/khawarij/sunnah yang tertipu/liberal yang menggunakan agama sebagai senjata politik (PAS piss puss)..
Ni la trend pilihan raya..PR menang tempat PR popular..BN menang tempat BN popular..normal lah tu..
Yang pastinya takkan berlaku perkara2 sesat kat tempat UMNO kuat..contoh perkara sesat tu..sembahyang msjid lain2..mengharam sembelihan selain dari puak dia..boikot kenduri..kapir mengkapir..dan lain2 lagi..setakat kempen guna isu tu..tak jalan bro..
Budak yang berdarah datang bulan ikut dahi tu dah lari ke mana??Datang la buat report kat balai polis..ape cer buat report orang lain..yang berdarah orang lain..kau ingat boleh sebarang tempat ke korang nak buat kacau..memang kena la..
Okeylah..tuan cuping merah tirus..berbulu putih..bye bye bye

CUPING MERAH said...

AKU TK HERAN ATAS KEMENANGAN BN..YANG AKU TAHU KEMENANGAN BN ADALAH KEMENANGAN BACUL MELALUI UNDI POS DAN HANTU2 DARI KUBUR...

anarasa said...

TELINGA UMAT PAS SERUPA MANGKUK TANDAS... SEMUA NAJIS NAJIS BOLEH MASUK.. PAS FOR ALL.

OTAK UMAT PAS SERUPA TANGKI NAJIS .. TEMPAT SEMUA NAJIS2 MEMBUSUK BERULAT... APA JUA YANG KELUAR DARI MULUT UMAT PAKATANNYA... SEMUANYA KENA TERIMA DENGAN SESUNGGUHNYA...

TUTUR KATA UMAT PAS SERUPA ULAT ULAT DARI BANGKAI. IKUT SUKA NAK CAKAP APA PUN... BETUL/SALAH BELAKANG KIRA.

FITNAH, MAKI HAMUN DAH JADI AMALAN UMAT PAS..


BETUL ATAU TIDAK????????

Terjah semacam said...

Astga, tak baik anarasa ckp cam 2,
Anarasa diri ana sebagus yg anarasa ka?

Jgn ckp yg bukan2 pada islam, yg ana hina sgt pun islam, islam yg di perjuang kan oleh umat islam diatas dasar2 daripada ALQURAN.

Jadi anarasa anarasa jadi lah umat islam bukan macam aznil, ac mizal,azuan ali,anita srwk n yg seangkatan dgn ny.

Anarasa anarasa baik pi cri cerita para sahabat tentang pertanyaan yg di tanya oleh slh seorg dari para sahabat kpd rasullah.

Ya Rasullah, apakah ketakutan pada umatmu di kemudian hari.
Rassullah menjawab, ada 2 perkara yg paling ku takuti.
Pertama, ulamak akan di persenda serta dipermainkan oleh uamtku,
Kedua, umatku akan berpecah kpd 3 kumpulan:
Pertama yg lari dari medan perperangan.
Kedua yg menggadaikan ajaranku semata2 untuk duniawi.
Ketiga yg akan memperjuangkan ISLAM diatas muka bumi ALLAH SWT berpandukan ALQURAN n SUNNAH.

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template