banner umno warning

Ikutsama

STATS

Related Posts with Thumbnails

Wednesday 23 September 2009

WAHAI ANGKATAN TENTERA!!!TUNTUTLAH HAK ANDA...





Suara anak-anak muda Negeri Sembilan menyeru lebih kurang 5,000 anggota Tentera yang akan mengundi di Bagan Pinang secara undi pos perlu  menuntut hak mereka.

Kenyataan SAMNS,banyak peralatan usang yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia yang membahayakan nyawa para pejuang tanahair.

Antaranya,kenderaan perisai Condor yang berusia lebih 20 tahun yang tidak sesuai digunakan pada zaman ini dan ia diakui sendiri oleh Panglima Tentera Darat.

Kerajaan menangguhkan penggantian Condor ini atas alasan kekurangan dana,sedangkan Condor adalah pengangkutan yang paling penting dan banyak dalam Tentera.

Condor pula dikatakan semakin tidak sesuai didalam peperangan moden hari ini disebabkan perisai kenderaan itu agak nipis dan gagal mengekang tembakan dari roket seperti yang pernah berlaku semasa peristiwa di Pasar Bakaara,Somalia,pada Oktober 1993,apabila beberapa buah kereta perisai Condor Malaysia musnah dan seorang pemandunya terbunuh.(Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin).

Begitu juga jacket kalis peluru yang tidak sesuai di gunakan oleh anggota Tentera.

Bangkitlah anggota Tentera di Bagan Pinang tuntutlah hak anda untuk mempertahankan diri sendiri ketika bertempur dengan peralatan yang terkini.

Bangkitlah dan tuntutlah supaya anda dapat mengundi  seperti orang biasa,dengan ini hak anda akan didengar.
Jangan takut,anda adalah perwira yang berani menentang musuh,sedangkan peluru didepan mata anda tidak berganjak..apatah lagi hanya sebatang pena untuk memangkah...


CUPING: Tidak gentar dengan musuh...


3 comments:

blog sebetulnya said...

ya kamulah..perwira negara..buktikan kamu mempunyai suara.Hapuskan borang 2....jangan benarkan dirimu di diskriminasikan....

Anonymous said...

yang mati tentera bukannya menteri..
peduli apa menteri..

Anonymous said...

Memang yang mati bukan menteri.. tak kan dengan ketenteraan pon korang nak politikkan.. janganlah kacau tentera.. sampai dalam kem tentera pon nak berkempen.. bodoh ke ape.. tentera jaga keamanan negara.. kenapa tak buat ceramah dekat balai polis je.. kan senang..

Design by CUPING MERAH Visit Original Post Cuping2 Template